1,208 Kes Baru Covid-19, Tiga Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 15,511 kes.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 379 kes, diikuti Sarawak (251) , Pulau Pinang (142) dan Johor (118).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 3 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,213 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,973 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 308,247 kes.

Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 70 orang memerlukan bantuan pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat