Shahrir label Azmin durjana politik, anggap semua boleh runding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menganggap strategi yang dimainkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai durjana politik.

“Bagi durjana politik, semuanya boleh runding,” kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu itu.

Kata Shahrir bagi ahli politik seperti Azmin menganggap semua rundingan boleh dilakukan kerana mempraktikkan kuasa tanpa maruah.

“Harga ke, pendakwaan ke, prinsip ke, maruah ke, runding je,” catat Shahrir di Facebooknya.

Sebelum ini dilaporkan PN mengajak UMNO untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi salah satu punca keretakan dalam kerjasama parti tersebut.

Menurut Azmin, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerajaan yang dibina bersama sejak setahun lalu.“Hanya 13 kerusi yang menjadi pertikaian. Yang dikatakan mereka menang atas tiket parti lain (UMNO) dan kemudian mereka pindah ke parti lain (Bersatu).“Tetapi pertanyaan saya ialah apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?

“Apakah kerana 13 ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama? Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh mari kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi ini. Itu pendekatan yang patut diambil,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat