TikTok beri jaminan kepada PM untuk teliti masalah buli siber, fitnah dan penipuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – TikTok memberi jaminan untuk meneliti permasalahan isu buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi platform tersebut.

Dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan delegasi TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di Peru penyedia perkhidmatan media sosial itu memberi jaminan untuk melihat permasalahan ini dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mengadakan pertemuan dengan delegasi dari TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew.

“Dalam pertemuan ini saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Januari tahun depan.

“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok.

“TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan ini dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM),” kata Perdana Menteri pada Khamis.

Selain itu, Anwar dan delegasi TikTok turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan Madani dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di negara kita.

Dalam pada itu, TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat