MINDEF, KDN Perlu Tumpu Op Benteng, Bendung COVID-19 – Penganalisis

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada peruntukan RM16 bilion untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam Belanjawan 2021 dijangka digunakan untuk menampung kos Op Benteng termasuk bagi perolehan dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menurut penganalisis keselamatan dan pertahanan.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Madya Dr Adam Leong Kok Wey berkata peruntukan seperti itu sememangnya diperlukan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan ATM mendepani sebarang ancaman termasuk membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.

“Antara yang dilihat penting ialah dron pesawat tanpa pemandu (UAV) dan “Maritime Patrol Aircraft” (MPA) bagi pengawasan dan kawalan udara maritim.

Bagi aset sedia ada, kos penyelenggaraan juga diperlukan untuk memastikan aset-aset seperti kapal terbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dapat beroperasi dengan baik bagi pengoperasian Op Benteng,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Menurutnya, perolehan dan penyelenggaraan aset itu penting bagi membolehkan ATM meronda di kawasan sempadan darat dan perairan bagi mengesan dan menghalang pendatang tanpa izin memasuki negara ini.

Selain untuk Op Benteng katanya, aset berkenaan juga boleh dikerah untuk operasi di sekitar Laut China Selatan untuk membendung sebarang cubaan menceroboh sempadan perairan negara termasuk oleh nelayan asing.

Sementara itu, bagi sektor ketenteraman awam, peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Belanjawan 2021 meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada RM17 bilion berbanding RM16.9 bilion pada Belanjawan 2020.

Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata agensi di bawah KDN dicadang supaya menumpukan peruntukan mereka bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang dibawa rakyat asing ke negara ini.

Selain itu beliau juga mencadangkan supaya usaha membanteras sindiket penyeludupan rokok dipertingkatkan kerana ia menyebabkan kerajaan kerugian kutipan cukai sebanyak RM5 bilion setahun.

“Oleh itu, fokus bagi memperkasakan aset operasi bagi memantau sempadan perairan negara perlu dilakukan terutamanya bagi Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Agensi penguat kuasa itu juga dicadangkan mendapatkan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang mempunyai jarak penerbangan yang jauh dan mampu terbang melebihi dua jam,” katanya.

Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim pula berkata keadaan semasa jangkitan COVID-19 pastinya memberi kesan terhadap cara KDN membelanjakan peruntukan yang diperoleh.

“Dalam peperangan melawan musuh baharu yang halimunan, tumpuan diberikan kepada pelan jangka pendek dan panjang bertujuan membendung penularan COVID-19. Aset-aset perlu difokuskan kepada usaha mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di darat dan wilayah maritim,” katanya.

Mengenai perolehan aset baharu, beliau berkata tidak semestinya ia perlu dilakukan setiap tahun.

“Pasti ada pembelian baharu yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya berupa kenderaan, bangunan atau perkakas yang masih relevan namun jika terdapat keperluan mendadak dan kecemasan ia boleh dilakukan,” katanya.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...