COVID-19: Sabah Hargai Pengorbanan Anggota Kementerian Kesihatan – Ketua Menteri

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah hari ini menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata anggota perkhidmatan kesihatan Persekutuan yang menunjukan dedikasi dan kerja keras di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah melakukan yang terbaik bagi memerangi pandemik tersebut.

“Saya gembira dapat mengetahui bahawa kes COVID-19 di Sabah mula stabil berikutan penurunan kes seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham semalam dan banyak zon dan daerah di Sabah telah berubah menjadi hijau,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, Hajiji berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 hari ini menerima sumbangan berupa ventilator, mesin sinar-x bergerak, topeng muka dan sumbangan kewangan untuk membantu memerangi pandemik itu.

Katanya Kumpulan Hap Seng melalui Yayasan Lau Gek Poh menyumbang RM2 juta untuk pembelian tiga mesin x-ray muda alih dan 11 unit ventilator bergerak; Yayasan Pertonas menyerahkan 1 juta pelitup muka; dan Cement Industries Sabah menyumbang RM100,000.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Shahelmy Yahya menerusi satu kenyataan berkata sehingga hari ini sebanyak 164,591 bakul makanan telah diagihkan kepada rakyat yang memerlukan di 27 daerah di negeri ini.

Beliau berkata untuk hari ini sahaja sebanyak 3,652 bantuan bakul makanan telah diagihkan di Beaufort (1,026), Kinabatangan (1,000), Tuaran (434), Kota Kinabalu (178), Tenom (141), Sandakan (116), Beluran (105), Nabawan (100), Ranau (95), Tongod (86), Penampang (76), Papar (59), Kuala Penyu (50), Pitas (42), Kunak (40), Sipitang (35), Putatan (28), Kota Marudu (21) dan Telupid (20).

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...