Terpulang PM nasihati Agong tentang tarikh PRU-15 – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihati Agong bagi penetapan tarikh PRU.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya kerana hanya beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU-15,” katanya di Seremban lapor BH pada Rabu.

Semalam media melaporkan, Ismail Sabri memberi bayangan bahawa beliau mungkin berjumpa dengan ‘top five’ Umno membincangkan tarikh PRU-15 sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual diadakan pada 7 Oktober depan.

‘Top five’ UMno merujuk kepada lima pimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Dalam pada itu, Mohamad, yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno dan Barisan Nasional (BN) berkata, jentera parti itu sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15.

“Saya baharu saja balik dari Sabah semalam dan secara puratanya, jentera kita sudah bersiap sedia serta bersemangat tinggi. Namun, masih ada lagi beberapa aspek yang perlu kita tambah baik, yang perlu ditambah nilai.

“Ini kerana kita memasuki pilihan raya ini umpama kita masuk peperangan dan pengakhirannya adalah kalah atau menang dan kalau perang, umpama hidup dan mati.

“Jadi, kita perlu bersiap sedia betul-betul, perlu pastikan gerak kerja kita diuruskan dengan terbaik dan yang penting, kita dapat memenangi pilihan raya ini yang boleh diadakan pada bila-bila masa yang sesuai,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata, strategi terbaik bagi menghadapi pilihan raya amat penting untuk menjamin kemenangan BN dan Umno.

Beliau mengambil contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebelum ini, yang mana UAmno meletakkan calon daripada masyarakat Orang Asli iaitu Datuk Ramli Mohd Nor, yang membawa kepada kemenangan.

“Orang Asli pertama yang menjadi Ahli Parlimen, itu strategi kita, sama seperti di Semenyih (PRK). Walaupun nama calon yang dicadangkan lain, tapi saya pilih orang yang benar-benar orang (penduduk) hendak.

“Masyarakat di Beranang itu hampir 20 peratus pengundi di Semenyih, penduduk mahukan anak tempatan jadi wakil rakyat, jadi saya (Umno) sudah ada 20 peratus undi di situ.

“Akhirnya calon kita menang walaupun dia hanya setiausaha masjid. Ini strategi kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat