Kerjasama Umno, PAS biar MKT putuskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membangkitkan status Muafakat Nasional (MN) barulah Umno dan PAS boleh berunding untuk persediaaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan sama ada Umno dan PAS mengadakan rundingan termasuk bagi menghadapi PRU-15 akan dibuat oleh MKT Umno.

Jelas beliau baik buruk rundingan atau pertemuan antara kedua-dua parti tersebut akan dibincangkan sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MKT Umno.

“Umno bukan saya, Umno adalah parti, jadi parti kena buat keputusan, apa sahaja pandangan saya tidak penting, pandangan parti itu penting. Ia diputuskan dalam satu musyawarah dan badan tertinggi iaitu Majlis Kerja Tertinggi,” lapor Bernama di Negeri Sembilan pada Rabu.

Mohamad berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa PAS menganggap semua pihak bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (rakan kerjasama) dalam membina negara baik serta diredai tuhan dan perkara itu diputuskan Jawatankuasa Kerja PAS yang bermesyuarat pada Ahad lepas.

Bagaimanapun, Mohamad mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) setakat ini memutuskan untuk menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Sementara itu, beliau berkata BN ketika ini masih belum menyentuh aspek calon dan kerusi bagi menghadapi PRU-15.

“Belum lagi lihat soal itu, (calon dan kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya. Tidak guna kita cakap soal calon… kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat