Persenda Wanita Bangun Lambat, PM Disaran Pecat Rina, Zailah – Hannah Yeoh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disaran untuk menggugurkan Menteri Pembangunan Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Timbalannya, Siti Zailah Md Yusoff daripada jawatan itu.

Saranan ini disuarakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh susulan ‘publisiti murahan’ yang diguna pakai untuk ‘content’ kementerian itu dengan menggunakan kata-kata wanita “bangun lambat”.

Menurut Hannah kata-kata demikian dilihat begitu menghina kaum wanita.

“Cukuplah 3 tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.

“Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah Menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita. Yang harus “bangun daripada tidur” adalah Rina dan Timbalan Menteri beliau.

“3 tahun sudah melebihi probation period untuk mereka “bangkit” membuat kerja,” bidas Hannah.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Rina bersama pegawai KPWKM berada di belakang pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor yang mempersendakan golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti “suka bangun lambat”, “wanita semua lambat”, “aku nak belasah kepala korang” .

Klip pendek itu bersempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula hari ini.

Kata Hannah, ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti murahan yang menjatuhkan imej jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Jauh bezanya beliau berbanding dengan ikon Menteri Wanita Pakatan Harapan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kali ini video Rina yang menggunakan kata-kata wanita “bangun lambat”, perempuan ni/wanita ni semuanya lambat”, “eh bangkitlah”, “bangun daripada tidur” dan “aku nak belasah kepala korang” begitu menghina kaum wanita. Yang paling teruk apabila Rina dan pegawai Yayasan Kebajikan Negara hanya berdiri dan tersengih-sengih semasa kata-kata itu digunakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM.

“Tahukah Rina ramai kaum ibu tidur lewat dan bangun sebelum subuh untuk membuat persiapan bagi keluarga mereka? Kaum wanita kerap menjadi mangsa stereotaip dan mangsa keganasan rumah tangga. Bagaimana seorang Menteri boleh membenarkan skrip dan video promosi program Kementerian yang merendahkan martabat dan mempersendakan kaum wanita? soal beliau.

Hannah berkata, Rina tidak dibayar gaji beribu-ribu setiap bulan oleh rakyat hanya untuk beliau membuat program.

“Rakyat bayar gaji Menteri bukan untuk Rina buat kerja event organiser. Rina tidak perlu membuat kerja Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mereka lebih mahir dalam bab ini. Sebut mengenai bisnes, Rina sendiri mempunyai kes mahkamah sebelum ini dan saya berpendapat, lebih baik jika Rina tidak mengajar wanita lain untuk “bangkit” dalam bisnes.

“Cukuplah 3 tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat