Mujahid menang saman, tiada aset TH dijual kepada bukan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini telah menolak Saman Fitnah yang difailkan oleh Dusuki Rani terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dengan dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.

Mahkamah juga mengarahkan Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.

Saman fitnah ini difailkan rentetan daripada ciapan Twitter Mujahid pada 22 November 2020.

“Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan”.

Ciapan itu ditulis rentetan daripada tersebarnya video ceramah Dusuki yang mendakwa aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam.

“Mahkamah ketika memberikan keputusannya hari ini antara lain memberikan alasan-alasan penghakiman bahawa pernyataan ciapan Twitter Mujahid bukan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan Islam.

“Selain itu, pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang diguna pakai oleh defendan adalah pembelaan yang terpakai kerana defendan
yang merupakan bekas Menteri Agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti.

“Juga sebagai bekas Menteri Agama, defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang Tabung Haji supaya Tabung Haji tidak lagi disalahanggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang Islam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat