Pemain Industri Sambut Baik Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pemain-pemain industri nano di Malaysia menyambut baik usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara baru-baru ini.

Rata-rata pemain industri berkata inisiatif ini penting dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama bagi memastikan perkembangan industri nanoteknologi adalah sejajar dengan permintaan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif NanoTextile Sdn.Bhd, Dr Thomas Ong Poh Shing berkata, pelan hala tuju ini sangat penting khususnya dari segi kesinambungan teknologi yang dapat dikomersilkan serta adaptasi teknologi dalam industri-industri di negara Malaysia.

“Pengkomersilan teknologi nano akan dapat dipergiat lagi melalui pelan halatuju ini dengan adanya bantuan teknikal daripada universiti tempatan serta institusi penyelidikan yang dapat turut serta memberi fasilitasi saintifik yang berkaitan,” katanya.

Selain itu, Pengurus Besar Farmasia Sdn.Bhd, Wan Rizzal Wan Zaki pula berpendapat, sebagai pemain industri dalam bidang perubatan terutama dalam penghasilan produk penjagaan luka (Dr Wound), Farmasia Sdn Bhd mengaplikasikan pengunaan teknologi nano bagi meningkatkan mutu dan keberkesanan produk.

Jelasnya, Farmasia Sdn. Bhd. menyokong penuh Pelan Hala Tuju ini dan berterima kasih kepada pihak kementerian atas kesanggupan untuk mendengar dan memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di dalam industri nanoteknologi.

“Inisiatif MOSTI dalam melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara adalah sangat perlu bagi memastikan produk yang berasaskan nanoteknologi dapat dikormesialkan secara menyeluruh serta meningkatkan daya saing terutamanya di pasaran global,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Teknikal Titanium Worl Tech Sdn.Bhd, Wong Weng Heng turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif MOSTI ini dalam membantu memperkenalkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa

Wong Heng yakin dan percaya pemain industri tempatan mampu meningkatkan sektor nanoteknologi Malaysia ke tahap yang lebih maju dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Kami sebagai R&D dan pengilang nanoteknologi kami berjenama SmartCoat, kami menyokong Initiatif MOSTI dalam melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara kerana ini boleh memastikan produk yang berasaskan nanoteknologi dapat membantu kami untuk memperkenalkan produk kami di peringkat tempatan dan di pasaran antarabangsa.

“Ini bermakna kami mempunyai peluang untuk menyuarakan masalah kami dan kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk membantu kami dalam pelbagai cara daripada pendedahan yang kami perlukan, kepada menyegerakkan semua antara satu sama lain untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dan bukannya sebagai individu,” jelasnya.

Bagi Gary Dass yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MetroKoats Sdn.Bhd pula, pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara adalah langkah terbaik untuk memastikan potensi penggunaan Nano buatan tempatan direalisasikan dengan sempurna.

“Initiatif sinergi di antara pihak akademia dan industri yang diterajui oleh NanoMalaysia Berhad adalah amat penting dari segi pembangunan dan pemasaran nanoteknologi negara seperti pengunaan graphene di dalam “absorbent kit” di temui sangat efektif untuk kegunaan pengurusan sisa dan juga berpotensi untuk kegunaan industri minyak dan gas.

“Dengan adanya program ini, ia dapat memastikan negara kita berpeluang untuk meraih kedudukan di pasaran global yang di jangka mencecah USD 2.671 trillion pada tahun 2025,” katanya.

Pelan hala tuju ini sangat penting khususnya dari segi kesinambungan teknologi yang dapat dikomersilkan serta adaptasi teknologi dalam industri-industri di negara Malaysia, jelas Pengurus Flora NIAGA Sdn.Bhd, Khairul Affandi.

Pengkomersilan teknologi nano jelasnya akan dapat dipergiat lagi melalui pelan halatuju ini dengan adanya bantuan teknikal daripada universiti tempatan serta institusi penyelidikan yang dapat turut serta memberi fasilitasi saintifik yang berkaitan.

Khiarul berkata melalui pelancaran Pelan Halatuju Nano ini juga mampu memberikan kelebihan dan pembanguna melalui ekonomi dan sosial masyarakat.

“Dari segi pertanian, kelebihan nanoteknologi dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan perikanan adalah besar. Ia bermula dari pemakanan bagi ikan atau nutrisi Kepada tumbuhan-tumbuhan.

“Selain itu, pengunaaan teknologi nano juga mampu memberikan feadah kepada perniagaan dalam mengurangkan kos operasi disamping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat