Belum pernah negara terhina begitu rupa, Menteri Luar harus bertanggungjawab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah harus mengambil tanggungjawab penuh bukannya meletakkan beban kesalahan kepada duta besar dan pegawai-pegawai di peringkat bawah atas kecuaian sambutan Perdana Menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada penghujung Mac lalu.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Saifuddin harus dipertanggungjawabkan kerana belum pernah negara terhina begitu rupa kerana kecuaian dan kelembapan Menteri Luar Negeri.

“Pengalaman saya belasan tahun sebagai menteri dalam kerajaan yang sebelumnya, belum pernah kita dengar lawatan rasmi Perdana Menteri tidak disambut oleh negara yang seharusnya mengundangnya.

“Jadi ada satu kecelaruan dalam diplomasi kita dan Menteri Luar harus dipertanggungjawab. Jangan dipersalahkan duta besar atau pegawai-pegawai di peringkat bawah,” tegas Anwar dalam kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Presiden PKR itu juga mengingatkan Saifuddin supaya tampil menjawab insiden ini.

“Dia (Saifuddin) harus menjawab kerana belum pernah negara terhina begitu rupa kerana kecuaian dan kelembapan Menteri Luar.

“Menteri Luar harus buat kenyataan dan harus dipertanggungjawabkan,” kata Anwar lagi.

Pada 11 April lalu, Kementerian Luar Negeri memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai atas kegagalan menyelaras urusan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 hingga 31 Mac.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat