Rangkaian 5G kedua negara mungkin ditangguh – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pelancaran rangkaian 5G kedua negara mungkin ditangguhkan walaupun Digital Nasional Berhad (DNB) sudah mencapai liputan 80 peratus seperti perancangan sebelum ini.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya semalam, Fahmi berkata penangguhan itu juga adalah untuk lembaga DNB dibentuk terlebih dahulu.

Lima pengendali rangkaian mudah alih utama – CelcomDigi Berhad, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Power International Berhad – telah menandatangani pegangan ekuiti DNB pada awal Disember tahun lalu, lapor Amanz.

Liputan 80 peratus DNB telah pun dicapai Januari lalu dengan ramai menyangka rangkaian 5G kedua sudahpun diumumkan pada ketika ini.

Pembentukan rangkaian 5G kedua ini berhadapan beberapa isu antaranya ialah penggunaan kelengkapan Huawei dan ZTE.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing mengeluarkan amaran kepada negara untuk tidak menggunakan kelengkapan dua syarikat China ini atas faktor keselamatan.

Pada ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan tidak akan menghalang penggunaan kelengkapan telekomunikasi China untuk rangkaian 5G kedua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat