Dua Pakar WHO Terkandas Di Singapura Selepas Diuji Positif Covid-19

- Advertisement -

GENEVA – Dua pakar dalam misi antarabangsa untuk menyiasat asal usul COVID-19 di China masih terkandas di Singapura selepas didapati positif virus berkenaan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

WHO sebelum ini menyatakan pasukan pakar antarabangsa sudah tiba di Wuhan untuk misi yang sekian lama tertangguh, tetapi kemudian dalam ciapannya menyatakan bahawa dua lagi pakar masih belum sampai di sana.

“Dua saintis masih di Singapura menyelesaikan ujian untuk COVID-19. Semua anggota pasukan menjalani ujian PCR dan antibodi COVID-19 di negara asalnya sebelum melakukan perjalanan,” menurut badan kesihatan PBB itu dalam ciapannya.

WHO turut menambah bahawa pasukan lebih dari 12 pakar itu sudah diuji lagi ketika tiba di Singapura.

WHO menyatakan semua anggota pasukan itu negatif untuk PCR, tetapi dua anggota lain disahkan positif untuk antibodi IgM, yang biasanya menjadi antibodi pertama yang dihasilkan oleh sistem imun ketika virus menyerang.

Apabila IgM dikesan, subjek masih boleh dijangkiti atau boleh pulih dari jangkitan COVID-19.

WHO menyatakan kedua-duanya sedang diuji untuk IgM dan juga antibodi IgG, yang biasanya muncul seminggu atau lebih selepas gejala COVID-19 bermula dan menunjukkan bahawa mereka baru dijangkiti virus.

WHO melakukan persiapan berbulan-bulan untuk menghantar pasukan pakar antarabangsa, termasuk ahli epidemiologi dan pakar kesihatan haiwan ke China untuk membantu menyelidik asal usul COVID-19 dan bagaimana virus itu pertama kali tersebar.

Kajian ini penting untuk mencegah wabak di masa depan. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat