Lihat keajaiban dunia di Agra

- Advertisement -

PELUANG melancong ke India pada November tahun lalu antara kenangan manis yang tak akan kami sekeluarga lupakan sampai bila-bila. Tersenarai di coretan ini destinasi yang kami kunjungi.

Taj Mahal, antara tujuh keajaiban dunia di Agra yang sebenarnya istana dibina Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

Uniknya, Taj Mahal dibangunkan menggunakan marmar putih yang melambangkan kasih sayang, cinta dan penderitaan.

Tujuan Shah Jahan membina bangunan Taj Mahal ini adalah lambang cintanya yang mendalam terhadap isterinya itu. Malangnya, bangunan itu siap dibina selepas kemangkatan Mumtaz Mahal dan menjadi makamnya.

Ketika berpeluang berkunjung ke sana, kami amat gembira dan teruja untuk merakam pelbagai gambar di sekitar bangunan indah itu. Cuaca yang agak sejuk amat sesuai untuk kami meluangkan lebih masa di situ.

Seterusnya Thar Desert, Jaisalmer di Rajasthan pula adalah kawasan padang pasir yang seluas mata memandang ini cukup menarik perhatian pengunjung. Ia antara destinasi pelancongan popular.

Anda yang gemarkan aktiviti mencabar, banyak perkara atau permainan wajib dicuba di destinasi ini. Antaranya menaiki jip pacuan empat roda, menunggang motosikal berkuasa tinggi atau ‘camel ride.’

Cabarannya apabila ditambah dengan keadaan gegografi seperti berbukit-bukau dan tanah berpasir. Apatah lagi cuaca di padang pasir sangat panas ketika tengah hari.

Hampir seluruh tubuh dibanjiri peluh, namun kami kagum kerana dapat melihat pemandangan matahari terbenam.

Malam semakin larut, cuaca di padang pasir Thar menjadi semakin sejuk kerana tiada awan yang kelihatan di langit.

 

SAUJANA indah pamandangan di Taj Mahal.
SAUJANA indah pamandangan di Taj Mahal.

 

 

TINGGALAN sejarah di Kuldhara Village.
TINGGALAN sejarah di Kuldhara Village.

 

Begitu juga dengan Kuldhara Village iaitu kawasan perkampungan yang sangat aktif pada zaman prasejarah. Masyarakat setempat dipercayai menjalankan kehidupan seharian mereka di tempat ini.

Namun, yang menyedihkan apabila kawasan perkampungan ini ditinggalkan begitu saja oleh masyarakat India pada abad ke-19 hingga kini.

Pelbagai cerita terkumpul di sebalik Kuldhara Village ini, tetapi kami hanya sempat mengambil gambar kawasan perkampungan itu.

Kuldhara Village yang berkeluasan 226 meter (m) itu agak menakutkan jika melawat secara berseorangan kerana keadaan sekeliling yang sunyi sepi.

Kemudian, berada di Jaisalmer Fort turut memberikan kami pengalaman percutian yang menyeronokkan. Bukan sekadar tempat pelancongan semata-mata, malah pernah dijadikan sebagai benteng pertahanan sempadan India dan tempat raja hidup bersama keluarganya suatu ketika dahulu.

Kubu ini dikatakan dibina jurutera kira-kira ribuan tahun dahulu menggunakan kaedah konvensional.

Sebanyak 100 tan batu dinaikkan dengan bantuan gajah dan ukiran-ukiran yang begitu halus serta menarik dilakar hanya menggunakan tangan.

Semua bangunan dan rumah bagaikan berwarna emas jika dilihat dari puncak bangunan kubu ini. Jaisalmer lebih dikenali sebagai ‘Golden City’.

Sementara itu, Amber Fort pula adalah kubu yang dikuasai raja India secara turun-temurun dan berperanan sebagai benteng pertahanan.

Pihak musuh pernah mencuba beberapa kali merobohkan kubu ini, tetapi mereka gagal melakukannya kerana struktur binaannya sangat kuat ditambah pengawasan askar di setiap kawasan yang tersembunyi.

 

PEMANDANGAN menakjubkan di Mount Abu.
PEMANDANGAN menakjubkan di Mount Abu.

 

 

PEMANDANGAN memukau di Thar Desert.
PEMANDANGAN memukau di Thar Desert.

 

Raja India pada zaman dahulu membuat taktik yang bijak bagi mengelakkan permaisurinya lari dari istana itu. Raja akan menyimpan

banyak emas di dalam sebuah bilik untuk permaisurinya. Malah kubu ini juga menjadi tumpuan utama industri perfileman.

Pada masa sama, kami tidak dapat melupakan pengalaman kunjungan ke Hampta Pass, Kullu, Manali. Perasaan teruja sebaik berada di situ kerana berpeluang melihat salji.

Buat pertama kali kami menginap di kawasan yang bersalji. Pemandangan yang begitu indah dari puncak gunung dan cuaca yang sejuk tidak membuatkan kami bosan.

Aktiviti seperti, ‘ice skating’ dan ‘snow jet ski’ adalah pengalaman baharu bagi kami. Kereta kabel yang dibina pada ketinggian 2560m menyebabkan kami sekeluarga gayat apabila melihat pemandangan di bawah.

Secawan teh masala akan diberikan kepada pelanggan hotel secara percuma untuk memanaskan badan ketika cuaca sejuk beku itu. Bagaimanapun, tempat ini tidak bersalji sepanjang tahun, tetapi mengikut musim.

Mengimbau kembali The Ridge, Shimla pula, ia antara destinasi tumpuan utama pelancong untuk membeli-belah di kawasan bersalji.

Deretan ratusan kedai antara yang menambahkan kemeriahan di The Ridge itu. Daripada pelbagai jenis pakaian sejuk, pakaian tradisional India hinggalah kedai makanan semua ada di situ. Harga setiap barang dijual pula sangat berpatutan dan tidak menyesal selepas dibeli. Reka bentuk dan struktur bangunan di situ dibina ala Barat.

Tidak ketinggalan, Beas River yang panjangnya kira-kira 470 kilometer (km) dengan airnya yang bersih dengan latar pemandangan indah.

Pemandangan sepanjang sungai itu sangat menakjubkan dan antara lokasi yang popular bagi pelancong.

 

KENANGAN di Hamptha Pass.
KENANGAN di Hamptha Pass.

 

Sungai itu juga punca air bagi kawasan Manali selain popular untuk aktiviti berkayak. Namun kami tidak mencuba aktiviti itu atas faktor keselamatan selain kesuntukan masa.

Paling tidak kami lupakan adalah kunjungan ke Sungai Ganges. Ia turut dikenali sebagai Sungai Gangga iaitu antara sungai yang popular di dunia dan ketiga terbesar di dunia.

Sungai ini dianggap suci dalam kalangan penganut agama Hindu. Sungai Ganges berasal daripada glasier pergunungan Himalaya.

Air Sungai Ganges dalam gambar berwarna hijau, jernih dan bersih. Lokasinya berhampiran dengan Himalaya iaitu di Devprayag iaitu satu daripada tempat air sungai ini mula mengalir.

Mount Abu pula sebuah tempat yang amat sesuai bagi pencinta alam semula jadi. Terdapat banyak lokasi untuk dikunjungi di sini. Perjalanan ke Mount Abu yang terletak 1,220m dari aras laut ini begitu menarik. Terdapat air terjun, sungai, bukit dan tasik yang melatarinya.

Dalam perjalanan kami ke gunung itu, setiap liku dan kawasan perhentian yang dilalui amat menakjubkan.

Ia berhampiran sempadan Gujerat. Destinasi ini adalah tumpuan pelancong Gujerat pada hari minggu dan cuti am.

Keadaan cuaca yang sejuk-sejuk suam dan pemandangan begitu indah membuatkan pelancong berpusu-pusu ke tempat ini.

Ternyata percutian di India kali ini memberikan kami 1,001 pengalaman indah yang sukar dilupakan!

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat