Turun kadar tol keputusan Kabinet terakhir sebelum bubar Parlimen – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri dan Kabinetnya sempat menghadiahkan berita gembira buat rakyat Malaysia dengan menurunkan kadar tol bagi enam konsesi lebuhraya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bagi fasa pertama membabitkan empat lebuhraya yang diturunkan kadar tolnya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Fasa pertama yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober ini.

Fasa kedua pula akan melibatkan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula pada 1 Jan 2023.

Ismail Sabri memberitahu mesyuarat pertama bagi menurunkan kadar tol bagi enam konsesi berkenaan dibentang di Kabinet pada 18 Mei, kemudian disambung pada 1 Jun dan keputusan dimuktamadkan sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober.

Tambah beliau lagi, kadar pengurangan tol bagi lebuhraya berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Melalui penstrukturan baharu ini, kerajaan juga telah menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat.

“Di samping itu, pengguna lebuhraya juga bakal menikmati kadar tol yang lebih rendah bagi meringankan beban kos sara hidup,” jelas Perdana Menteri lagi.

Walau bagaimana pun, pengurangan kadar tol bagi kesemua lebuhraya terbabit belum diumumkan secara terperinci ia akan diumumkan oleh syarikat konsensi terlibat.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga pada 4 Mac lalu bersetuju untuk melebarkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong dengan menambah lorong baharu dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat