PRU-15: BN ada kelebihan pelbagai sudut

- Advertisement -

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan daripada pelbagai sudut untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, selain berdasarkan rekod pencapaian meyakinkan dimiliki parti itu sebelum ini, parti UMNO juga akan tampil dengan formula politik yang meyakinkan rakyat.

“Tahap kesiapsiagaan UMNO adalah baik dan saya menjangkakan sehingga 80 peratus. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga sudah meluluskan semua perkara dasar dengan baik.

“Pucuk pimpinan parti sedang buat penyelarasan akhir, termasuk berunding dengan parti lain dan kita serahkan kepada mereka,” katanya menurut Berita Harian.

Ditanya sama ada BN bersedia untuk berdepan PRU-15 dengan pembubaran Parlimen Isnin lalu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia percaya semua parti sudah bersedia.

“Sebenarnya bukan saja UMNO, tapi semua parti sudah bersedia. Lagipun pembubaran ini bukan pembubaran di tengah-tengah, sebaliknya sudah berada di penggal akhir,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, beliau sudah meminta saluran televisyen kerajaan supaya memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membantu melicinkan proses PRU-15, termasuk kesedaran rakyat untuk keluar mengundi.

“Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan kita berharap pengundi terutama pengundi baharu akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Ini kerana, kita mengharapkan menerusi PRU-15 nanti mampu membentuk kerajaan stabil, kuat selain tumpuan lebih serius dalam menentukan agenda rakyat.

“Tahun hadapan adalah waktu yang sangat mencabar dan jika diberi kepada tangan salah dengan cabaran ekonomi global, negara akan tercicir ke belakang. Siapa yang rakyat percaya, biarlah rakyat yang tentukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat