Zahid masih tidak layak digelar Negarawan setaraf Tunku Abdul Rahman, Tun Razak – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih belum layak ataupun setaraf dengan dua tokoh Negarawan iaitu Tunku Abdul Rahman al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussein meskipun telah membawa masuk DAP ke dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak adalah negarawan di mana tindakan dua tokoh itu dalam pembentukan Barisan Nasional (BN) yang menggabungkan Umno, MCA dan MIC selepas pilihan raya umum 1969 dan rushan 13 Mei adalah bersandarkan kepada keperluan negara waktu itu.

Justeru kata beliau, langkah politik Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak jelas berbeza dengan Zahid yang didakwa cenderung kepada kepentingan politik peribadi bukan untuk negara.

“Bagi saya Tunku Abdul Rahman, Tun Razak mereka ialah Negarawan, mereka buat perkara itu berasaskan keperluan negara pada saat itu bukan untuk selamatkan diri sendiri, bukan untuk kepentingan politik sendiri.

“Apabila Tunku dan Tun razak remade konfigurasi politik tanah air selepas tragedi 1969 dan penubuhan BN mereka buat dalam keadaan di mana parti dia (Umno) masih lagi mendapat sokongan besar daripada kaum Melayu. Dia tak buat dalam keadaan parti sendiri lemah .

“Kes sekarang ini nak remade macam-macam tapi parti sendiri tak dapat lagi mempertahankan asas penubuhan parti itu iaitu menjadi parti Melayu untuk mendapat sokongan majoriti orang Melayu, ini plural pun tak dapat, Umno bukan nombor satu bagi orang Melayu.

“Saya sukar menerima hujah untuk menyamakan status Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Zahid Hamidi,” tegas Shahril dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Meskipun diasak Khairy kononnya Zahid berjaya membawa kelompok DAP yang mewakili bangsa Cina di mana 95 peratus Cina sokong DAP namun Shahril tetap enggan menyamakan status Zahid setaraf dua Presiden Umno terdahulu itu.

“Kalau Umno masih relevan, parti utama untuk Melayu mungkin boleh diterima. Tapi kalau tak, sama ja macam PH. Maka apakah sumbangan nilai tambah Umno kepada PH sekarang?

“Sebelum Umno masuk (kerjasama) PH dapat 20 ke 30 peratus sokongan Melayu, hari ini ada Umno pun sokongan masih sama,” bidas Shahril.

Justeru dalam nada sarkastik Khairy menangguhkan dulu ukiran wajah Zahid di cerun Gunung Rushmore, yang dikenali sebagai Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.

Simbolik Gunung Rushmore itu terdapat ukiran peringatan tokoh, pahlawan bagi negara itu.

“Mount Rushmore di US iaitu gunung di mana mereka mengukir wajah presiden yang terhebat kalau Malaysia pun ada maka kita akan ada Tunku, akan ada Tun razak dan Zahid

“Tangguh dulu Mount Rushmore dan pengukiran wajah Zahid di cerun Gunung Rushmore,” katanya sinis

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat