Aplikasi MySejahtera Milik Malaysia-Redzuan Yusof

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen yang bermula hari ini diberitahu bahawa aplikasi MySejahtera walaupun ditubuhkan diluar negara tetapi adalah milik Malaysia, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Dato Sri Mohd Redzuan Mohd Yusuf.

“Kami menggunakan kepakaran tempatan. KPI Soft adalah syarikat milik rakyat Malaysia dan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu),” katanya semasa sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan) dalam soalan tambahan menyoal “mengapa pekerjaan itu diberikan kepada syarikat asing dan bukannya syarikat tempatan”.

“Ini boleh meningkatkan serangan siber, kerana syarikat itu milik Amerika Syarikat dan dan mempunyai pejabat di Singapura” tambah Wan Azizah lagi.

Disamping itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik juga bertanya dalam soalan tambahan kepada Redzuan mengapa pembangunan aplikasi MySejahtera diberikan kepada syarikat asing dan bukannya pengusaha Melayu Muslim yang tujuannya sering diperjuangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“YB Simpang Renggam kita perlu berfikiran terbuka. Hanya kerana syarikat itu ditubuhkan di Amerika Syarikat, itu tidak bermaksud ia milik Amerika Syarikat,” jawab Redzuan.

Ekosistem di Malaysia mungkin tidak mencukupi untuk memanfaatkan kepakaran tempatan kata Redzuan lagi.

MySejahtera adalah aplikasi yang dikembangkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu memantau wabak Covid-19.

Foto: Google

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat