Hapuskan budaya kerja toksik di hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengambil serius isu buli di kalangan doktor pelatih di hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan satu pasukan petugas khas bebas petang ini bagi menyiasat perbuatan berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, anggota pasukan petugas bebas itu diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital di bawah kementerian.

Katanya, pasukan itu akan menyiasat isu buli dan membuat syor untuk memperbaiki keadaan budaya kerja.

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital bawah Kementerian Kesihatan.

“Zaman dahulu dan zaman sekarang lain. Suasana kerja mesti ada hormat, bantu-membantu dan pemerkasaan. Bukan mendera dan memalukan,” katanya melalui ciapan di Twitternya, pada Jumaat.

Terdahulu, dalam ciapannya, Khairy berkata, beliau sendiri turun padang bagi mendengar pengalaman doktor pelatih yang akan memulakan tugas pagi ini.

“Saya mendengar luahan mereka sebelum mereka memulakan rondaan kesihatan pada pukul 6 pagi di Hospital Selayang.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai suasana kerja yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

Semalam, Khairy mendedahkan doktor pa­­­­­­­­kar antara lima pegawai perubatan yang didakwa terlibat dalam kes buli di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Saya sudah melihat senarai nama berkenaan dan kes tersebut akan disiasat oleh sebuah pasukan khas bebas di bawah Unit Integriti kementerian itu. Apa yang kita lihat sekarang ialah aduan dibuat. Ada nama telah dihantar kepada pihak integriti untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih HPP dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat