PM salur sumbangan peribadi kepada keluarga siswa USAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prihatin atas nasib menimpa mangsa-mangsa nahas Terowong Menora, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Ia membabitkan lima siswa USAS yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, awal pagi semalam.

Sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad, kepada waris tiga mangsa yang masih berada di Hotel Casuarina di Kuala Kangsar pada Jumaat.

Syed Mohd Fazmi berkata, Perdana Menteri sangat prihatin dengan tragedi yang menimpa kelima-lima penuntut berkenaan.

“Beliau mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dan beliau juga telah mengarahkan supaya tindakan segera diambil.

“Kita telah berhubung dengan pihak berkaitan untuk disegerakan dari segi pengecaman dan juga, insya-Allah, kalau boleh diselesaikan pada hari ini juga untuk dihantar ke kawasan masing-masing untuk tujuan pengebumian,” katanya selepas melawat keluarga itu memetik Astro Awani.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perak dan pihak USAS yang banyak membantu urusan keluarga mangsa.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut menziarahi keluarga mangsa.

Beliau turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.

Dalam kemalangan awal pagi Khamis, lima penuntut USAS rentung dalam nahas melibatkan dua lori dan satu kereta itu.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun, dari Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 tahun, dari Kemaman, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23 tahun, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, dari Batu Caves Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun, dari Parit Buntar Perak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat