Mukhriz dan Anwar Jadi Punca Kejatuhan Kerajaan PH Kedah – Pensyarah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejatuhan Pakatan Harapan di Kedah berpunca daripada ketaksuban Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih mahu menjadi perdana menteri meskipun jelas gabungan itu tidak akan mampu bertapak semula.

Pemerhati politik, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, perkara itu jelas apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bertindak meninggalkan PKR dengan alasan sudah hilang keyakinan terhadap parti.

Katanya, keputusan tersebut membuktikan bahawa PKR sudah gagal memberikan hala tuju demi kebaikan rakyat di semua peringkat.

Sebaliknya yang menonjol adalah perjuangan demi diri Anwar semata-mata.

“Kalau kita tengok Anwar masih kempen lama dia iaitu masih nak jadi Perdana Menteri. Orang sekarang fikir pasal ekonomi dan tambahan lagi pasal Covid-19, tidak hanya politik semata-mata. Lagipun Pakatan Harapan pernah pegang (menjadi kerajaan) dan terbukti mereka gagal.

“Mereka sudah gagal, jadi apa yang nak merepek nak jadi Perdana Menteri lagi kalau semua orang sudah tahu itu tidak akan boleh terjadi,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan terbaru di Kedah menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut tumbang selepas ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan rakannya, Adun Lunas, Azman Nasrudin daripada PKR meletakkan jawatan.

Alasan yang diberikan kedua-dua ADUN itu adalah hilang keyakinan terhadap Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang Pakatan Harapan.

Salawati turut melihat punca rasa tidak puas hati sehingga menyebabkan kerajaan PH di Kedah tumbang adalah kerana Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat tidak mempunyai ‘wow factor’ kerana gagal membawa reputasi baik dengan memuaskan hati rakyat.

“Orang tidak puas hati dengan Mukhriz dia sibuk di Kuala Lumpur, tidak menumpukan perhatian dengan Kedah. Keadaan politik sekarang ialah orang nak tengok siapa yang mampu menjaga baik tugas dia, Mukhriz orang tidak tengok beliau ada ‘wow factor’.

“Di Kedah Mukhriz tidak nampak buat yang terbaik untuk Kedah. Ini masalahnya, seorang pemimpin mestilah dapat sokongan kalau dia gagal dapat sokongan macam mana dia nak buat (tadbir Kedah)?” soal pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Situasi terkini itu, tambah Salawati, secara tidak langsung memberikan mesej jelas bahawa Pakatan Harapan tidak akan berjaya sekiranya meneruskan usaha membawa undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Apatah lagi, katanya, rakyat semakin bijak menilai krisis dalaman Pakatan Harapan yang tidak berpenghujung adalah disebabkan percanggahan sesama pemimpin, bukannya angkara sabotaj pihak luar.

“Perikatan Nasional (PN) bukannya kerajaan pintu belakang, mereka ikut proses sebetulnya. Siapa yang letak jawatan.

“”Saya tidak nampak mereka akan menang undi tidak percaya kerajaan sekarang sedang perkukuhkan diri mereka mereka tidak semberono, usaha mereka kelihatan. Rakyat mahu melihat tindakan berbanding kata-kata sahaja,” tambah beliau.

Untuk rekod, Mukhriz pada 2016 meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas kehilangan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semalam pula Pakatan Harapan di negeri itu tumbang akibat tindakan kedua-dua ADUN PKR tersebut.

Dengan pengumuman itu, beliau sekali lagi kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri jelapang padi itu.

Jumlah kerusi terkini yang dimiliki Pakatan Harapan Kedah adalah 17, manakala Perikatan Nasional (PN) pula 19 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat