Mukhriz Yakin Masih Berjawatan MB, Nafi Kerajaan PH Kedah Telah Tumbang

- Advertisement -

ALOR SETAR – Mukhriz Mahathir berkata beliau masih menteri besar Kedah, di sebalik kenyataan demi kenyataan menyatakan beliau sudah kehilangan sokongan majoriti.

Mukhriz berkata beliau terus menggalas jawatan itu sehingga usul tidak percaya diluluskan di Dewan Undangan Negeri.

Beliau menafikan kerajaan Kedah sudah tumbang kerana ia belum ditentukan dan disahkan oleh sumber yang berwibawa.

“Kenapa kita nak percaya apa yang diperkatakan dalam sidang media ketua pembangkang? Kita perlu hormati perlembagaan Kedah.

“Semua wakil rakyat berhak mencadangkan usul terhadap saya di Dewan Undangan Negeri,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Ditanya mengenai akuan berkanun hilang keyakinan terhadapnya, yang didakwa ditandatangani beberapa wakil rakyat, Mukhriz menjawab beliau juga ada bertemu wakil rakyat Pakatan Harapan dan PPBM.

“Mereka juga tandatangan SD menyokong kepimpinan saya dan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan PH dan PPBM di Kedah. Ini berlaku semasa kerajaan persekutuan tumbang kepada Perikatan Nasional,” katanya.

Diminta mengulas perkembangan sekarang, Mukhriz menjawab sekarang nampak seperti “musim pengkhianatan”.

Beliau juga tertanya kenapa ia perlu berlaku sekarang ketika Covid-19 melanda.

“Mereka kata mereka tak gelojoh kuasa…tak boleh tunggu beberapa minggu lagi? Kenapa ketua pembangkang bertegas perubahan kuasa mesti berlaku menjelang 18 Mei?” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat