Penentangan Akta URA Halang Peningkatan Taraf Hidup Melayu di Bandar- PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA, 12 Mac 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa pihak yang menentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta URA) cuba menghalang peningkatan kualiti hidup orang Melayu di kawasan bandar.

Beliau turut menyatakan bahawa ada pihak yang mahu melemahkan masyarakat Melayu bagi memudahkan kawalan ke atas mereka melalui sentimen agama dan kaum.

“Dia nak kekalkan orang Melayu jadi begitu rendah pendidikannya. Miskin supaya dia boleh peralatkan (orang Melayu).

“Ini dinamakan ‘dependency syndrome’, rakyat itu dilemahkan supaya dia boleh kawal.

“Ilmunya sedikit, jadi boleh dihasut melalui agama, melalui kaum. Ini masalahnya,”** katanya ketika berucap dalam perjumpaan bulanan warga Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) URA, yang dijangka dibentangkan pada Jun 2025, bertujuan memudahkan pembangunan semula bandar dan tidak akan menjejaskan hak pemilikan sedia ada.

Beliau menolak dakwaan pembangkang bahawa RUU ini merupakan taktik untuk menggantikan penduduk Melayu dan India miskin, seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Sebagai respons kepada kebimbangan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, turut menegaskan bahawa RUU ini tidak disasarkan kepada mana-mana kaum tertentu.

Namun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menentang RUU ini kerana dikhuatiri boleh mengganggu keharmonian masyarakat.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyelar pemimpin PN yang menurutnya hanya membantah tanpa memberikan cadangan alternatif.

“Kalau dia bagi cadangan, pilihan, tak apa. (Kalau) cadangan (kerajaan) tidak begitu menarik, kami cadang begini. Tak ada juga,” katanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat