Umno sentiasa menyantuni rakyat di Kedah – Mustaffa Kamal

- Advertisement -

KULIM — Pemimpin Umno masih terus berbakti dan berkhidmat kepada rakyat walaupun kalah dibeberapa kawasan pada PRU-15 yang lalu.

Timbalan Ketua Umno Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustaffa Kamal Shaik Ismail berkata, selain berkhidmat menerusi parti, pemimpin Umno boleh menggunakan ‘pentas’ lain selepas tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

“Umno di Kulim Bandar Baharu alhamdulillah selepas pilihanraya memang kita kalah tetapi dari hari ke hari penerimaan masyarakat setempat di Dun dan Parlimen agak baik walau pun tidak menyeluruh.

“Kedah juga tidak ketinggalan kita mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui peruntukan yang diselaraskan khususnya KKDW.

“Umno sentiasa memastikan kesinambungan dalam membantu rakyat, walaupun kita tidak memegang apa apa jawatan di peringkat negeri mahupun Dun.

“Program pelaksanaa bantuan telah dilakukan dari dulu dan akan diteruskan seperti biasa Yang mana kita tahu Umno sejak dulu lagi sentiasa menyantuni rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penyerahan kotak makanan kepada golongan yang memerlukan bersempena Ramadan serta sumbangan kepada Surau Al Arshad di Kampung Sungai Buluh, Serdang, Kedah baru baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan tahap kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap parti menjelang pilihanraya akan datang.

“Untuk PRU akan datang kita percaya kepada corak pusingan sokongan rakyat yang akan menilai mana parti yang akan mebantu rakyat.

“Umno di kawasan ini akan akan terus. memastikan kesinambungan sokongan itu meningkat dan terus berkerja dengan melihat inisiatif di peringkat persekutuan juga telah dilaksanakan.

“Kita akan terus memperbaiki khidmat bakti kepada rakyat dan kita percaya rakyat boleh menilai.

“Kita yakin penuh rakyat akan beri kepercayaan dengan melihat keutuhan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan iaitu kombinasi kerajaan yang disokong oleh kita Umno dan dapat memberi peluang untuk kita mengambil alih semula secara keseluruhan, di negeri ini khususnya,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat