Pembangkang usah ambil sikap ‘ambil dan pilih’ angka untuk cantikkan prestasi PN – Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur Perikatan Nasional (PN) supaya tidak bersikap ‘ambil dan pilih’ angka ekonomi untuk mencantikkan prestasi mereka semasa mentadbir dahulu.

Beliau menyeru pembangkang supaya melihat ekonomi secara mutlak apabila mahu bercakap tentangnya, kerana tidak semua rakyat arif tentang ekonomi.

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II itu berkata, perkembangan ekonomi Malaysia 2021 tidak mengatasi penguncupan yang dialami pada 2020, tidak seperti Singapura dan Indonesia.

Katanya, ekonomi Singapura dan Indonesia masing-masing menguncup 4.1 peratus dan 2.1 peratus pada 2020, namun melantun kepada 7.6 peratus dan 3.7 peratus pada 2021.

Katanya, Malaysia bagaimanapun hanya berkembang 3.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 5.5 peratus pada 2020.
“Ekonomi ini rakyat biasa tidak berapa faham. Jadi apabila kita membentangkan sebagai Ahli Parlimen, kita mesti bertanggungjawab.

“Apabila kita cerita soal ekonomi, kita kena tengok angka-angka ini secara keseluruhan, bukan ‘pick and choose’ (ambil dan pilih),” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa lapor Utusan.

Beliau berkata demikian menjawab perbahasan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang mendakwa kerangka disusun ‘dengan baik dan rapi’ oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang membawa kepada kejayaan ekonomi negara hari ini.

Beliau menyebut perkembangan sebanyak 8.7 peratus pada 2022 yang merupakan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000, sekali gus menjadi pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Johari berkata, angka besar itu disebabkan kesan asas yang rendah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat