UMNO akan berkubur lima, tujuh tahun akan datang- Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti berasaskan Melayu seperti UMNO dan BN akan berkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Malah, Rafizi berkata, parti yang akan turut sama ‘hancur’ adalah PAS dan Bersatu.

Menjelaskan perkara itu, bekas ahli parlimen Pandan itu berkata adalah mustahil jika parti yang rosak mampu bertahan mendepani cabaran pada zaman kini, lapor Malaysiakini.

“Kalau kita tak tukar (kerajaan) kali ini, saya yakin UMNO dan BN akan berkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang.

“Mustahil parti yang sudah begitu rosak ini boleh bina balik kekuatan daripada bawah untuk mendepani cabaran zaman kini.

“Saya tak bimbang langsung.

“Jangan bimbang UMNO, BN, Bersatu, PAS tidak boleh melepasi PRU (Pilihan Raya Umum) kali ini dan akan datang, dia akan lemah,” kata Rafizi pada perhimpunan Rapat Mega Keadilan semalam.

Bagaimanapun, Rafizi berkata PH juga akan berdepan dengan masalah jika berjaya menawan Putrajaya sekali lagi.

Jelasnya, masalah yang akan dihadapi ialah PH akan mewarisi sebuah kerajaan yang mempunyai masalah yang terlalu besar.

“Masalah kita adalah bila kita menang (nanti) dan ambil alih kerajaan yang macam mana kita warisi, kerana masalah itu terlalu besar,” ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Rafizi turut menyindir UMNO kerana kecenderungannya menangisi nasib yang menimpa bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru dengan nada sinis, Rafizi meminta agar ahli UMNO menyimpan sedikit air mata untuk menangisi nasib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas ini.

“Umno pula sibuk menangis untuk Najib, nangis untuk Rosmah.

“Saya nak nasihatkan (UMNO), simpan sikit air mata tu untuk Zahid,” kata Rafizi.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat