“Saya cakap adalah benar”, kata KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, beliau bercakap benar berhubung Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memintanya memberi laluan untuk tidak bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perkara itu secara terbuka dan akan selesaikannya secara tertutup.

“Saya tak mahu bercakap perkara ini secara terbuka lagi (kerana) saya telah nyatakan apa yang saya perlu katakan dan apa yang saya cakap adalah benar.

“Saya tak perlu buktikannya tapi biar saya selesaikannya secara tertutup,” katanya kepada pemberita semalam.

Pada Sabtu, Mohamad memaklumkan beliau belum membuat keputusan berhubung kerusi parlimen mana yang mahu ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, sebagai timbalan presiden UMNO, beliau berhak memilih bertanding di mana-mana kawasan parlimen, dan tidak semestinya di Rembau, seperti yang diuar-uarkan.

Pada 4 September lalu, Khairy dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15 bagi memberikan laluan kepada Mohamad yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Oleh kerana beliau (Mohamad) adalah ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalan kepada beliau.

“Jadi beliau telah minta saya cari tempat lain la sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau,” kata bekas ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan dia “tiada halangan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat