Bekas Jentera Pilihan Raya PKR DUN Sikamat Isytihar Sertai UMNO

- Advertisement -

SEREMBAN – Kira-kira 90 orang individu mendakwa bekas jentera pilihan raya bagi PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO.

Penyerahan borang itu termasuk ahli PKR Cabang Seremban, Nordin Ahmad, 59, dan penyokong, Mohd. Tahir Bujang, 77.

Mereka berdua turut mendakwa merupakan antara yang terlibat dalam jentera pilihan raya membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam pilihan raya umum yang lalu.

Nordin berkata, dia memilih untuk menyertai UMNO selepas kecewa dengan mendakwa Aminuddin yang kini Menteri Besar mengabaikan jentera pilihan raya yang lalu.

“Beliau mengabaikan jentera yang lama, apabila sudah menang, kami semua telah dilupakan, bagaimanapun, saya tidak mahu memberitahu isu tersebut selama ini.

“Kami hanya mahu beliau melihat jasa-jasa kami selama ini,” katanya kepada pemberita di Sikamat hari ini.

Nordin yang telah menjadi ahli PKR sejak 2008, menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Md Yusop Harmain Shah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin.

Sementara itu, Mustafa berkata, kehadiran ahli dan penyokong PKR ke UMNO tentunya memberikan kekuatan kepada UMNO terutama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kami terbuka dan mengalu-alukan untuk mereka menjadi ahli UMNO, tapi, kita akan ikut proses yang ditetapkan oleh Perlembagaan UMNO.

“Ia merupakan kekuatan tambahan bagi kami, terutama di kawasan Sikamat yang kita tahu kubu kuat PKR, selama tiga penggal mereka menguasainya, dengan kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat kita perkukuhkan pula jentera kita berdepan parti itu nanti,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat