Dua Lokaliti Di Sabah dan Pahang Dikenakan PKPD Bermula Selasa – MKN

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan dua lokaliti masing-masing di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada Selasa.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti tersebut ialah Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek, Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; dan Perumahan IOI Plantations, Unico Oil Mill Sdn Bhd, Segama di Lahad Datu, Sabah.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti tersebut sehingga 27 September depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rodzi bagaimanapun berkata, sebanyak tiga lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan pada Isnin mengikut jadual.

“Tiga lokasi tersebut ialah Taman Megah Jaya dan Kampung Bukit Gemuk, Tawau serta kampung Nasakot, Ranau,” katanya.

Tambah beliau, MKN turut melanjutkan pelaksanaan PKPD di Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan, Pontian, Johor yang dijadualkan tamat pada Isnin kepada 20 September depan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat