Muhyiddin Bawa Usul Tukar Speaker Dewan Rakyat Esok

KUALA LUMPUR – Kelancaran sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok akan bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen ke atas usul pengosongan jawatan Yang Dipertua dewan itu.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, usul berkenaan yang akan dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di aturan kedua, esok.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekiranya usul supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya itu mendapat sokongan majoriti, sebarang aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga Yang Dipertua baharu dilantik.

“Kalau menang (dipersetujui), maksudnya Dewan Rakyat itu kosong, tak ada speaker (Yang Dipertua), mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, bila tak ada speaker, tak boleh teruskan urusan sidang yang lain, kecuali hanya untuk memilih speaker,” katanya kepada Bernama.

Selain usul berkenaan, menurut Aturan Mesyuarat, Perdana Menteri turut akan mengusulkan supaya bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff.

Muhyiddin juga akan mengusulkan supaya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming mengosongkan jawatannya, sebelum membawa usul supaya Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan Kor Ming.

Sekiranya mendapat undian majoriti Ahli Parlimen, Azhar akan menjadi Speaker ke-10, manakala Azalina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

Dalam perkara mencalonkan nama bagi jawatan Yang Dipertua atau Speaker Dewan Rakyat, ia boleh diusulkan mana-mana Ahli Parlimen, namun perlu dilakukan dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Dalam erti kata lain, Wan Junaidi berkata, cadangan nama ‘pada masa itu juga’ tidak boleh dilakukan mana-mana Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan speaker mahupun timbalan speaker.

Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, jika terdapat lebih daripada satu calon, maka undian akan dilakukan secara belah bahagian atau bersurat seperti mana Peraturan Mesyuarat 4(3), manakala, berdasarkan Peraturan Mesyuarat (6) (a), jika lebih daripada dua calon dicadangkan dan tidak ada calon mendapat undi lebih daripada jumlah undi didapati calon-calon lain dalam undi pertama, maka calon yang mendapat undian paling rendah perlu dikeluarkan daripada pilihan.

Undian perlu dijalankan sekali lagi dan dikeluarkan calon yang mendapat undian terendah seterusnya. Ia dijalankan berturut-turut sehingga hanya seorang calon mendapat undi lebih daripada calon atau jumlah undi calon-calon yang tinggal.

Wan Junaidi berkata, ketika kekosongan jawatan Yang Dipertua, segala urusan di dalam Dewan Rakyat akan dilaksanakan Setiausaha Dewan Rakyat, namun beliau boleh memohon seorang lagi Timbalan Yang Dipertua yang namanya tidak diusul untuk dikosongkan iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk membantu.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Lembaga Disiplin UMNO Tolak Permintaan Tun Faisal

CYBERJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Ketiga-tiga permintaannya telah ditolak oleh Lembaga Disiplin UMNO. Menurutnya, tiga permintaan ini dibuat...

2 MP PKR sah keluar parti dan sokong PN

CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila dua ahli parlimennya sah meninggalkan parti. Ia berlaku sehari selepas tiga...

Solat Hajat untuk permudah agenda penyatuan ummah – Tun Faisal

SUNGGUHPUN beliau sedang berdepan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sosok ini tetap tenang mengharungi cabaran dan tekanan ekoran pendirian lantangnya untuk memperkeasa agenda Penyatuan...