Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM Di Nombor 27

- Advertisement -

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).

Ia dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan usul persendirian itu diterima oleh Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat,” memetik usul tersebut.

Pada awal Mei lalu, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima usul tersebut daripada Dr Mahathir.

Menerusi AUM DR 13/7/2020, beberapa usul menyokong Muhyiddin selaku Perdana Menteri turut tersenarai.

Ia termasuk usul dari Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang masing di turutan 28, 29 dan 30.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat