Biarpun Disaman Zarina Anjoulie, Amyza Aznan Terima Banyak Tawaran Berlakon

- Advertisement -

Pelakon Amyza Aznan menerima banyak tawaran berlakon disebalik kontroversi disaman rakan artis Zarina Anjoulie.

Amyza menafikan menerima semua tawaran tersebut kerana tamak sebaliknya menjelaskan tidak mahu ada pihak berkecil hati jika dia menolaknya.

Pemilik nama sebenar Azizah @ Amyza Aznan itu menjelaskan bakat yang dikurniakan kepadanya dan personaliti diri yang kelakar serta pengalaman selama 20 tahun membuatkan dia berjaya membawa watak yang diberi.

“Hari ini Kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdulillah… rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang.

“Kalau tolak nanti kecil hati orang. 20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar Kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak,” katanya menerusi akaun Instagram.

Dalam pada itu, Amyza berkata dia akan terus mendalami ilmu lakonan supaya dirinya kekal relevan dan dapat memenangi lagi anugerah.

Amyza pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat