Agenda Massa Angkat Realiti Semasa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Adakah anda masih membaca surat khabar atau majalah?

Kehadiran internet yang telah banyak mengubah masyarakat untuk lebih pantas dalam mendapatkan maklumat melalui media baharu di hujung jari membuatkan industri penerbitan media cetak menjadi bahan yang semakin dilupakan.

Kemunculan majalah bercetak dikala negara berdepan dengan kejatuhan ekonomi akibat pandemik covid-19, merupakan cabaran yang besar bagi syarikat Enigma Fikir Sdn.Bhd dalam menerbitkan majalah bercetak.

Bertitik tolak dengan hal ini, syarikat tersebut telah melahirkan majalah ‘Agenda Massa’dengan mengetengahkan pelbagai bahan yang kritikal dan mendalam mengenai isu isu berkaitan kepentingan negara dan masyarakat.

Pengarang Eksekutif Agenda Massa, Ab Jalil Backer menyifatkan penerbitan majalah ini sebagai satu wadah dalam menghidupkan semula budaya membaca dan mendidik masyarakat untuk berfikir dalam menerima maklumat tanpa mendahului emosi dan taksub berpartisan.

“Risiko terbesar majalah dalam Bahasa Melayu bukan sahaja sukar mendapat pembeli, malah ia adalah pilihan terakhir pengiklan besar.

“Namun bak kata pepatah Melayu, jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

“Seiring slogan ‘sorotan realiti’, majalah ini berhasrat untuk menghidupkan semula budaya berfikir dan menerima maklumat secara bebas tanpa emosi melulu, dan taksub berpartisan,” katanya

Agenda Massa edisi pertama, ‘Jajaran Baharu’ menjadi tema majalah 48 muka surat ini.

Majalah ini turut menyelitkan maklumat mengenai isu ekonomi, sastera dan drama selain memberi fokus kepada isu-isu semasa.

Kali ini Pengarah tersohor U-Wei Haji Saari turut mengisi ruangan Sastera dan Drama, menulis tentang peranan seniman sebagai pengarah filem dalam krisis.

Bagi isu semasa pula, isu utama diberikan kepada COVID-19 dan vaksin, sementara ekonomi pula menyentuh tentang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat