Tindakan PH Tukar GST Kepada SST Tak Cerdik, Harga Barang Tak Dapat Dikawal – Pemimpin PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS menyifatkan tindakan kerajaan PH ketika di awal pentadbirannya memansuhkan sistem percukaian GST dan mengguna pakai kembali cukai SST merupakan keputusan yang paling tidak cerdik.

Pesuruhjaya Pas Negeri Perak Razman Zakaria berkata, kesan keputusan PH itu mengakibatkan ekonomi negara ketinggalan 50 tahun ke belakang dan menyebabkan harga barangan naik kerana tidak dapat dikawal.

“Keputusan PH yang paling tidak cerdik adalah menukar GST balik semula kepada SST. Keputusan ini menarik ekonomi negara 50 tahun ke belakang.

“Harga barangan tidak dapat dikawal kerana ada yang mengambil keuntungan melampau,” katanya, dipetik dari Twitter beliau, semalam.

ADUN Semanggol merangkap Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata, kesan pamansuhan dan perukaran sistem percukaian itu juga menyebabkan hasil kerajaan berkurangan berikutan kebocoran hasil cukai yang meluas.

GST diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN pada 1 April 2015 dengan matlamat mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi negara.

Sistem percukaian GST yang lebih telus dan efisien berbanding SST juga membolehkan kerajaan menamatkan amalan perniagaan yang tidak jujur, mengesan penipuan cukai serta mengurangkan aktiviti ekonomi gelap.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat