Aura ‘Magis’ Dream Theater

- Advertisement -

KUALA LUMPR 12 MEI 2023. Ini bukanlah kali pertama kunjungan band yang bernuansakan progresif metal ke Malaysia. Kali pertama mereka beraksi pada tahun 2017 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Berbeza lokasi dan peminat namun Dream Theater terus meletakkan ‘harga’ yang tidak mampu dipertikaikan. Situasi sendat, padat di perkarangan Zepp Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu membuktikan bahawa mereka punya ‘magis’ yang mampu untuk paterikan khalayak yang hadir dengan energi serta muzik mereka.

Ini kerana aksi lima anggota Dream Theater iaitu James LaBrie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram) pada malam itu cukup mengagumkan. Mereka cukup handal di posisi masing-masing hingga kita tidak tahu hendak fokus kepada siapa.

Konsert jelajah mereka, Top Of The World ini juga diadakan sempena kemunculan album “A View From The Top Of The World” yang telah dihasilkan sewaktu era pandemik dan dilancarkan pada tahun lalu. Ia juga ia merupakan projek pertama yang dirakamkan di studio mereka sendiri iaitu Dream Theater Headquarters.

Konsert anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd itu telah menghimpunkan lebih 2500 peminat setia Dream Theater yang meneroka alam fantasinya. Ada ketikanya penonton senyap, bukannya bosan tetapi terpaku dengan persembahan yang cukup kompleks, padat, ‘ketat’ serta padu.


Sejak dulu, Dream Theater cukup dikenali dengan ketelitian dalam penghasilan muzik. Gubahan muzik mereka cukup kompleks dan padat. Kemahiran teknikal dalam mengendali alat muzik masing-masing adalah kelebihan band dari Boston, Amerika Syarikat ini.
Konsert bermula tepat jam 8.30 malam dengan alunan The Alien diikuti 6.00 yang nyata memberi impak untuk khalayak terus berada di hadapan pentas.

“Kami berasa cukup teruja apabila dapat kembali semula ke Malaysia untuk menghiburkan anda semua, negara anda panas”, seloroh James LaBrie selaku vokalis .

Mereka kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Sleeping Giant, Bridges In The Sky, Caught In A Web, Answering The Call, Solitary Shell, About To Crash, Losing Time/Grand Finale, Pull Me Under, A View From The Top Of The World dan menutup persembahan dengan The Count Of Tuscany.
Selain kehebatan LaBrie dengan vokal falsettonya, penonton turut di persembahan dengan aksi solo daripada Petrucci, Myung, Rudess dan Mangini.

Apa yang pasti, penonton cukup teruja dengan konsert ini. Dalam kalangan pemuzik tempatan yang hadir, teknik permainan Dream Theater cukup mengagumkan. Jadi tidak hairanlah mengapa Dream Theater menominasi beberapa anugerah.

Persembahan Dream Theater di di Zepp Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu adalah kesinambungan siri jelajah mereka selepas beraksi di The Star Theatre di Singapura pada 9 Mei. Kedua-dua konsert ini dianjurkan Shiraz Projects Sdn Bhd.

https://v2.mediatormalaysia.com/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat