Raikan Hari Ibu Bapa dengan jamuan yang lazat di Resorts World Genting

- Advertisement -

Genting Highlands, 9 Mei 2023 – Sempena sambutan Hari Ibu Bapa ini, rebut peluang untuk mengeratkan silaturrahim dan menunjukkan penghargaan kepada raja dan permaisuri hati anda dengan membawa mereka ke Resorts World Genting untuk meraikan hubungan kekeluargaan. Cara terbaik untuk menawan hati seseorang adalah melalui perut mereka dan salah satu jalan terbaik untuk menarik perhatian mereka adalah dengan memanjakan selera di restoran-restoran mengagumkan dan unik di resort ini.

Tempat makan gaya British yang menampilkan ‘Fish & Chips’ terkenal di dunia

Manjakan ibu bapa anda dengan hidangan gaya British di Laughing Fish by Harry Ramsden dengan fish & chips yang terbaik dan terkenal di dunia yang terletak di Aras 4, SkyAvenue. Menampilkan ikan hadk atau kod berkualiti tinggi dari Atlantik Utara yang disalut dengan adunan segar dan rangup yang diperbuat daripada resepi rahsia Harry!  Ikan Hadk dan Kod di sini diperoleh dari Laut Barents dan Norway; dan anda disyorkan mencuba ikan Hadck dengan Kerepek Goreng Berganda dan Lemonade Signature yang lazat.

Menu Hari Ibu Laughing Fish tersedia dari 12 hingga 14 Mei 2023 menampilkan sup kentang Harry, ikan kod biasa dengan kacang, burger ayam barbeku, brownies coklat dan limau ros berharga RM175 untuk 2 orang.  Manakala menu Hari Bapa yang tersedia dari 16 hingga 18 Jun 2023, termasuk keju dengan salad hijau, ikan kod biasa dengan kacang, burger ikan tongkol, pencuci mulut berasaskan strawberi  dan air limau ros pada harga RM168 untuk 2 pax.

Hadiah misteri akan disampaikan kepada ibu dan bapa yang menjamu selera sebagai kenang-kenangan. Promosi Hari Ibu Bapa Laughing Fish by Harry Ramsden pada tarikh yang dinyatakan di atas adalah sah dari 12 tengah hari hingga 10 malam hari Ahad hingga Khamis dan 12 tengah hari hingga 12 tengah hari pada hari Jumaat dan Sabtu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi restoran di +(603) 6105 9232.

Nikmati stik porterhouse di Wolfgang’s Steakhouse

Sebagai alternatif, manjakan ibu bapa anda untuk merasai stik terbaik di New York di tengah-tengah persekitaran mewah 6,000 kaki di atas paras laut di RWG. Wolfgang’s Steakhouse terkenal di dunia dengan stik salai yang berkualiti tinggi. Restoran stik global ini menggunakan proses penuaan kering selama 28 hari untuk melembut dan meningkatkan profil rasa daging lembu berkualiti terbaik di pasaran untuk memberikan pengalaman stik yang luar biasa.

Sama ada sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam, nikmati menu koktel udang galah yang lazat, salad cencang Beverly hills, sup cendawan, pilihan stik salai porterhouse atau daging kambing rusuk dengan hidangan sisi asparagus panggang, cendawan tumis, kentang tumbuk dan tiramisu pada kedua-dua Hari Ibu dan Hari Bapa dengan harga RM1,238 tanpa wain atau RM1,418 dengan wain untuk 2 orang.

Promosi Hari Ibu Wolfgang’s Steakhouse berlangsung dari 12 hingga 14 Mei, manakala promosi Hari Bapa bermula dari 16 hingga 18 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila e-mel [email protected].  Tempah seminggu sebelum Hari Bapa untuk mendapat diskaun 10% manakala semua ibu akan menerima setangkai bunga mawar untuk memperingati hari istimewa mereka.

Kek artisanal di The Bakery

Tiada perayaan yang lengkap tanpa kek! Manfaatkan tawaran promosi Hari Ibu Bapa di The Bakery, Lobby Floor, Genting Grand dari 13 hingga 14 Mei dan 17 hingga 18 Jun 2023 dan hadiahkan kejutan kepada ibu bapa tersayang dengan kek keju berfros coklat atau lobak merah yang indah dan istimewa pada harga RM75 setiap kek. Pastri premium yang dihasilkan dengan

penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti adalah ciri kecemerlangan patisserie The Bakery di RWG.

Jadi, apa tunggu lagi? Tanda kalendar anda untuk sambutan Hari Ibu Bapa yang luar biasa di Resorts World Genting hari ini! Untuk maklumat lanjut tentang promosi kami, lawati rwgenting.com  atau saluran media sosial rasmi kami.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat