Pengkritik Anggap Perbalahan Trump Dgn Wartawan Semalam Sebagai Rasis & Seksis

“Politik Dah Jadi Caca Marba, Bubar Sajalah Parlimen Biar Rakyat Tentukan”

CYBERJAYA - Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan perlu ditangani...

Ahli Parlimen PAS Teguh Di Belakang Muhyiddin, Tiada Yang Sokong Anwar – Abdul Hadi

KOTA KINABALU – 18 Ahli Parlimen PAS menegaskan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah menurut Perlembagaan Persekutuan, kata...

PAS Cabar Anwar Buktikan Dakwaan, Senaraikan Nama MP Beri Sokongan

PUTRAJAYA - Pas mencabar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamakan Ahli Parlimen yang dikatakan sudah menyokongnya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dinyatakan...

Pemimpin Warisan Diam Diri Enggan Ulas Dakwaan Anwar Miliki Majoriti

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Sabah yang bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) terus berdiam diri atas dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai majoriti untuk...

Ulangan Publisiti Murahan, Bukti Anwar Rakus Gila Kuasa – PN

KOTA KINABALU - Gabungan parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan...

NEW YORK: Presiden Donald Trump secara tiba-tiba mengakhiri sidang medianya semalam apabila menolak untuk meminta pertanyaan dari wartawan Rumah Putih yang lain. Perkara ini terjadi setelah berlaku perdebatan antara Trump dengan seorang wartawan Asia-Amerika setelah beliau meminta wartawan tersebut untuk “bertanya kepada China” mengenai pertanyaannya.

Trump naik angin apabila Weijia Jiang, koresponden Rumah Putih untuk CBS News, bertanya kepada Presiden mengapa beliau melihat ujian coronavirus sebagai persaingan global ketika lebih dari 80,000 orang Amerika telah meninggal dunia.

“Mungkin itu adalah pertanyaan yang harus anda tanyakan kepada China,” kata Trump kepada Jiang, yang lahir di China dan berhijrah ke Amerika Syarikat ketika dia berusia dua tahun. “Jangan tanya saya. Tanyakan soalan itu kepada China, ok?”.

Trump cuba meneruskannya dengan memanggil Kaitlan Collins, wartawan Rumah Putih untuk CNN, tetapi Jiang menyoal dengan pertanyaan lanjutan.

“Tuan, mengapa kamu menjawab seperti itu kepada saya?” tanya Jiang, yang kelihatan terkejut dengan jawapan Trump.

“Saya memberitahu anda,” jawab Trump. “Saya tidak mengatakannya secara khusus kepada siapa pun. Saya mengatakannya kepada siapa saja yang mengajukan pertanyaan yang tidak menyenangkan.”

“Itu bukan pertanyaan yang tidak menyenangkan,” kata Jiang. “Kenapa jadi masalah?”. Trump tidak menjawap tapi cuba mengambil soalan daripada wartawan lain.

Kali ini Trump berbalah pula dengan Kaitlan apabila enggan mengambil soalan dari wartawan CNN tersebut kerana Kaitlanlah yang memberi peluang kepada Jiang untuk bertanya soalan lanjutan tadi.

Pada saat inilah Trump mengakhiri sidang media tersebut secara tiba-tiba apabila Kaitlan terus mendesak diberi peluang bertanya soalan.

Tindakan itu mendapat kritikan meluas di Amerika Syarikat. Senator Vermont Bernie Sanders menyebut perdebatan itu “cukup menyedihkan” dan menulis di Twitter bahawa Trump “adalah pengecut yang merobohkan orang lain untuk membuat dirinya merasa kuat”.

Beberapa pengkritik mengatakan bahawa kenyataan Trump terhadap Jiang adalah rasis. Ini bukan kali pertama Jiang dihadapkan dengan pernyataan rasis di Rumah Putih.

Jiang menulis di Twitter pada bulan Mac bahawa seorang pegawai Rumah Putih, yang tidak disebutkan namanya, telah menyebut coronavirus sebagai “Kung-flu” kepadanya.

Pengkritik lain mencadangkan perdebatan itu berkaitan dengan seksisme. “Ketidakprofesionalan Presiden selalu terserlah paling jelas ketika dia berinteraksi dengan wartawan wanita,” tweet Olivia Nuzzi, wartawan Washington untuk majalah New York.

Jurucakap CNN enggan memberikan komen. Jurucakap CBS News pula tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen.

– SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

40 Pesawat Perang Menceroboh, Situasi Tegang Taiwan & China Semakin Memuncak

PRESIDEN Taiwan menuduh Beijing sengaja menimbulkan ketegangan di Asia Timur, setelah pesawat perang China melintasi garis tengah sensitif di selat sempit yang memisahkan daratan...