Nazri tarik diri sokong PN, UMNO putus dengan Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz nekad menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Padang Renggas itu memberitahu selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tarik sokongan, kini PN cuma ada 109 sahaja.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjangkakan dalam tempoh terdekat ini mungkin ada beberapa lagi Ahli Parlimen BN akan menarik sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang.

“Saya nak umumkan iaitu saya Mohamed Nazri Abdul Aziz Ketua UMNO Padang Renggas dan Ahli Parlimen Padang Renggas dengan ini dan secara rasmi menarik balik sokongan kepada Muhyuddin untuk bentuk kerajaan sedia adas.

“Sebelum buat keputusan ini, saya fikir lama, ini yang terbaik untuk parti saya UMNO.

“Kita tak tentukan bila pilihan raya, tapi dengan tarik balik sokongan kepada Muhyiddin kerajaan hanya ada 109 sahaja… tak ada majoriti,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak mendesak pilihan raya umum diadakan segera sebaliknya memberi tempoh enam bulan untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU1-5.

“Larilah, elaklah macam mana sekali pun, pilihan raya pasti akan datang.

“Malah boleh dikatakan darurat yang diumumkan Perdana Menteri hari ini adalah darurat politik bagi melambatkan pilihan raya, tak mengapa kita tunggu lagi enam bulan bak kata pepatah tak lari gunung dikejar.

“Tindakan dan keputusan saya ini berdasarkan arahan parti dan suara akar umbi. Saya tidak ada kepentingan peribadi (gaji) macam Ahli Parlimen BN lain yang ada dalam Kabinet PN,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Nazri turut mengumumkan pendirian yang telah diputuskan Mesyuarat MT UMNO bahawa parti telah menolak kerjasama dengan Bersatu.

“MT UMNO mesyuarat sepakat terima usul tidak mahu lagi menjalin kerjasama dengan Bersatu, Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual akhir bulan ini sekadar membuat pengumuman rasmi.

“Mungkin Perhimpunna Agung UMNO tidak dapat dijalankan seperti dirancang, jadi dengan mandat yang diamanahkan saya isytihar UMNO tidak lagi bersama Bersatu,” tegasnya.

Beliau berkata pengumuman darurat pentadbiran yang diumumkan Muhyiddin selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 adalah bukti logik

“Muhyiddin sudah tahu beliau hilang majoriti jadi kena buat pilihan raya seluruh negara.
“Umum darurat adalah pengakuan bahawa beliau sudah kalah dan tak ada majoriti.
“Jadi secara logiknya apabila dapat kawal penularan Covid-19, mesti buat pilihan raya. Sekarang Muhyiddin laksana darurat untuk melambatkan pilihan raya dan beliau perlu mengaku kalah,” ujar Nazri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat