Muhyiddin Patut Hati-Hati Hidangan Madu Dan Racun Politik Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Madu di tangan kananmu,
Racun di tangan kirimu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku…” demikian sebahagian lirik lagu Racun dan Madu nyanyian mendiang Arie Wibowo (1952-2011).

Lirik lagu romantik yang penuh melodi serta sarat dengan maksud tersurat dan tersirat ini boleh mengingatkan kita tentang madu dan racun yang sedang dihidangkan dalam politik negara kita sekarang,” kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin.

Beliau cuba mengaitkan lirik lagu romantik yang penuh melodi serta sarat dengan maksud tersurat dan tersirat ini boleh mengingatkan kita tentang madu dan racun yang sedang dihidangkan dalam politik negara kita sekarang.

“ADUN kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim, telah menghidangkannya dengan mengemukakan usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari parti Bersatu sebagai Menteri Besar.

“Kalau ikut kefahaman orang ramai yang tidak menggenggam madu dan racun, tindakan ADUN UMNO itu membawa maksud dia menyokong Ahmad Faizal sebagai ketua kerajaan PN Perak.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. UMNO mengundi bersama Pakatan Harapan, yang termasuk DAP, bagi menghumban keluar Ahmad Faizal dan merampas jawatan Menteri Besar,” jelas A. Kadir dalam satu hantarannya di Facebook, hari ini.

Hal demikian katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pun kena berhati-hati sebab dilaporkan yang dalam sesi Dewan Rakyat sekarang ada dua usul undi percaya terhadap beliau yang beliau tidak boleh percaya bulat-bulat.

“Ia mungkin madu yang beracun.

“Salah satu daripada dua usul percaya itu datangnya daripada Ahli Parlimen Umno/BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. Satu lagi daripada Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, wakil PAS Pasir Puteh,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan, sebagai bekas orang lama politik UMNO, Muhyiddin tentu tidak perlu meraba-raba mencari jawapan kepada muslihat UMNO ini.

“Konspirasi terhadap Bersatu di Johor, Kedah dan Perak sepatutnya sudah cukup untuk memberi pengajaran bahawa sokongan UMNO adalah jenis sokongan yang membawa rebah.

“Tetapi apalah yang hendak dihairankan sangat. Muhyiddin dan Bersatu khianati PH, sekarang rakan kongsi mereka dalam PN pula khianati mereka. Orang putih kata, “honour among thieves”, tempelaknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat