Banjir: PM Arah Agensi Penyelamat Bantu Keluarga Malaysia

- Advertisement -

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan ke lokasi-lokasi yang dilanda banjir bagi memindahkan mangsa banjir.

Tegasnya, Agensi penyelamat perlu mempastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya.

“Saya menerima laporan beberapa kawasan di negeri Selangor dinaiki air sejak semalam.

”Saya mengarahkan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memberikan perhatian sepenuhnya untuk membantu semua Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir.

”Pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya.” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan bencana yang berlaku dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan.

“Sentiasa peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia bagi membuat persediaan awal.

“Sama-sama kita berdoa agar bencana alam ini segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat.

Setakat jam 9 malam ini, tiga pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor termasuk di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang yang menempatkan 147 mangsa.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat