Johari akan bantu Felda urus 350,000 hektar ladang sawit, cari pekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyatakan komitmen untuk menyelesaikan masalah kronik yang dihadapi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjanji akan menyelesaikan masalah utama Felda dalam kerja-kerja mentadbir ladang kelapa sawit seluas 35,000 hektar dan mendapatkan tenaga kerja.

“Hari ini saya telah bertemu dengan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga pegawai-pegawai kanan Felda. Mereka berdepan dengan masalah yang begitu kronik untuk mentadbir seluas 350,000 hektar ladang-ladang kelapa sawit yang bernaung di bawah Felda.

“Salah satu isu utama yang dibangkitkan adalah Felda berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja asing untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perladangan mereka.

“Saya telah memberi komitmen bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan membantu Felda untuk mendapatkan tenaga kerja selaras dengan keputusan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri bahawa sektor perladangan khususnya bagi ladang kelapa sawit dan getah ini diberi keutamaan mendapatkan pekerja asing di mana sektor-sektor ladang ini adalah sebahagian dari sektor 3D yang agak kritikal melibatkan ‘difficult, dangerous and dirty’,” jelas Johari dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Antara usaha lain, Johari juga memaklumkan bahawa KPK akan turut bekerjasama dengan Felda untuk mewujudkan kelompok kluster-kluster pekebun kecil yang disatukan sekitar saiz diantara 8,000 hingga 10,000 hektar ladang sawit bagi membolehkan mereka mengguna pakai amalan pengurusan ladang yang lebih efisien melalui mekanisasi dan teknologi yang lebih baik untuk menuai sawit, sekali gus mampu menambah kapasiti pengeluaran minyak sawit mentah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat