Meski tak ‘ngam’ dengan Presiden Umno tapi ada potensi menang, kekal jadi calon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majoriti ‘warlord Umno’ dijangka terpaksa membawa diri dan tidak akan dicalonkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemerhati politik yang juga rapat dengan pimpinan Umno mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal mengenepikan warlord yang celupar, tidak ikut hala tuju parti dan juga tidak menjaga kepentingan parti.

“Strategi Umno untuk PRU15 ini ialah mengenepikan warlord celupar, tak ikut hala tuju parti tak jaga kepentingan parti.

“Kalau celupar tapi jaga parti, mungkin dikekalkan.

“Walaupun tidak ‘ngam’ dengan Presiden Umno tetapi dia itu dijangka menang, tetap akan dicalonkan,” katanya.

Beliau malah menjelaskan pucuk pimpinan Umno tidak mengamalkan politik balas dendam sebaliknya mencari formula terbaik untuk menubuhkan kerajaan dengan membuang perasaan.

“Untuk PRU15 ini, Umno utamakan calon boleh menang walaupun calon itu tak digemari atau ada kem. Kalau pasti menang, Umno akan kekalkan.

“Umno tak mahu mangsakan mana-mana pemimpin baru. Umno ambil jalan tengah asalkan calon boleh menangkan Barisan Nasional (BN), menangkan parti dan 80 peratus dijangka calon muka baru.

“Umno bukan jenis berdendam walaupun tak mesra dengan Presiden. Zahid bukan pendendam ini soal nak menang dan nak menubuhkan kerajaan jadi perasaan kena buang,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain sumber itu memberitahu status hubungan Umno dan Pas mungkin hanya akan melangsungkan penyatuan ummah selepas keputusan PRU15.

“Kedudukan hari ini kalau kerjasama Umno dengan PAS bila membabitkan pembahagian kerusi di negeri-negeri yang ditakluki oleh PAS, sukar.

“PAS tak nak berganjak – Umno pula nak tanding semua kerusi itu. Jadi selepas keputusan PRU barulah boleh difikirkan.

“Maknanya apa yang Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebut itu- kita akan menyatukan ummah selepas PRU15. Sekarang lawan dulu

“Dijangka lepas PRU-15 tetap akan tubuh kerajaan campuran. PAS, Umno kecuali Bersatu dan DAP -PKR ada kemungkinan,” dakwanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat