Pasaran saham jangka Barisan Nasional akan menang PRU15, kata CGS-CIMB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 11 Okt – CGS-CIMB Securities Sdn Bhd percaya pasaran saham menjangkakan gabungan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan seterusnya.

Menurut firma penyelidikan saham itu, sektor pembinaan dan hartanah berpotensi mendapat manfaat dalam jangka sederhana, dengan kembalinya kerajaan Barisan Nasional.

“Benefisiari berpotensi lain termasuk aset terkawal seperti syarikat telekomunikasi dan tenaga daripada kejelasan dasar,” ujar CGS-CIMB dalam nota penyelidikannya hari ini.

Seandainya Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) mampu memulihkan kestabilan politik, ia akan dipandang positif oleh pasaran saham setelah menyaksikan perubahan tiga kerajaan selepas PRU14, kata firma tersebut.

Menurutnya, prestasi pasaran saham selepas PRU15 akan bergantung pada tahap tekanan jualan semasa tempoh berkempen dan keputusan tinjauan pendapat.

“Sejak PRU14 pada 2018, kerajaan Persekutuan telah berubah sebanyak tiga kali yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“KLCI telah jatuh 23% sejak PRU14 atau 7 Mei 2018 berikutan kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik yang membawa kepada penjualan asing.

“Kajian kami pada sembilan PRU yang lalu di Malaysia menunjukkan bahawa KLCI cenderung untuk melakukan lebih baik secara purata selepas pilihan raya, memberikan pulangan median masing-masing sebanyak 1% dan 2%, 1 bulan dan 3 bulan selepas pilihan raya.

“Kami menasihatkan pelabur untuk kekal defensif memandangkan ketidaktentuan pilihan raya dan kebimbangan terhadap kemelesetan global,” kata

“Risiko utama untuk pasaran adalah jika tiada gabungan atau parti yang mempunyai majoriti selepas PRU15, mengakibatkan Parlimen terputus dan tidak dapat meluluskan Bajet 2023. Ini boleh menyebabkan penjualan di KLCI,” kata CGS-CIMB.

– DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat