Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi Menerusi Minggu Sains Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) teguh memperjuangkan pembudayaan yang berterusan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dengan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains.

Selaras dengan gagasan konsep Keluarga Malaysia, sepanjang tahun ini, MOSTI dan agensi-agensinya telah menganjurkan pelbagai program dan inisiatif turun padang bagi menarik minat masyrakat daripada pelbagai latar belakang khususnya generasi muda.

Antara program yang mendapat penyertaan yang hebat adalah Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 yang telah melepasi lebih 1.67 juta penyertaan.

MSN Keluarga Malaysia 2022 merupakan platform MOSTI dalam mendokong usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai saintis dan penyelidik pada masa hadapan. Ia akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dengan penganjuran lebih 110 aktiviti dan program menarik antaranya pertandingan, seminar, ceramah, kuiz, pameran maya, bengkel maya, pelantikan ikon STI, virtual explore race, pertandingan membuat video serta sesi meet and greet secara maya.

Tujuh bidang telah disenarai pendek sebagai bidang fokus berdasarkan kesesuaian setelah mengambil kira sambutan hari-hari berkepentingan berkaitan STI. Setiap bidang fokus akan menerapkan tema rentas kluster.

Tujuh bidang fokus ini adalah:

i. Kesihatan Planet;

ii. Kimia dan Bioteknologi;

iii. Kegunaan Aman Nuklear;

iv. Inovasi Sosial;

v. Kejuruteraan;

vi. Nanoteknologi; dan

vii. Angkasa.

Manakala tema rentas kluster pula terdiri daripada:

i. Kreativiti

ii. Inovasi;

iii. Komunikasi Sains;

iv. Keselamatan;

v. Ekonomi;

vi. Kesejahteraan Rakyat;

vii. Kerjasama Antarabangsa;

viii. Pembudayaan dan Kesedaran; dan

ix. Kelestarian Alam – 41R.

MSN Keluarga Malaysia 2022 yang bermula April 2022, akan berakhir bulan ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat