Email Pembaca: Suara Dari Bumi Kenyalang

- Advertisement -

MUTAKHIR ini politik Malaysia kelihatan tiada jalan keluar dari kemelut kegilaan kuasa oleh aristokrat yang masih dibuai kealpaan enak berkuasa. Hal ini terjadi apabila masih ada segelintir yang hanya memikirkan tentang kuasa sehingga lupa bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan tugas mereka menjadi hamba kepada rakyat.

Baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang ia seakan – akan tiada titik noktah dan yang sangat terkesan dek polemik ini adalah rakyat. Saban hari rakyat terus terseksa kerana kehilangan wang pendapatan, tekanan emosi dan hilang arah untuk dituju. Rakyat kelihatan lelah tidak berpenghujung dan semakin menyampah apabila melihat situasi semasa.

Pastinya, hal ini tercetus kerana pihak kerajaan yang sedia ada bukan la sebuah kerajaan yang kukuh dan mempunyai majoriti yang selesa. Oleh itu, kerajaan yang mempunyai majoriti yang kritikal pasti boleh dijatuhkan bila – bila masa sahaja. Demikian kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai majoriti nipis dan semakin tergugat sokongan mereka apabila “Kluster Mahkamah” mula menunjukkan taring untuk menjadi “King Maker” untuk politik semasa.

Jika kita lihat semua parti sedang bergolak. Pergolakkan ini pastinya dicatur oleh satu tangan ghaib yang mahu menentukan masa depan politik negara. Percaturan ini telah mengakibatkan banyak parti politik yang berdaftar sudah berpecah kepada dua blok sokongan. Sebagai contoh, UMNO telah berpecah kepada dua fraksi; kluster mahkamah dan kluster kerajaan.

Ini terjadi apabila permintaan kluster mahkamah nampak tidak dipenuhi oleh kerajaan semasa sehingga mereka dikatakan sanggup untuk “deal” bersama Anwar Ibrahim yang kini sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden PKR. PKR juga dikatakan semakin parah dengan kemelut pertembungan blok politik Rafizi Ramli dan Farhash. Rafizi Ramli sudah pasti mengujakan untuk kembali bergiat aktif di dalam PKR apabila parti ini dikatakan cuba didominasikan oleh puak Farhash.

Untuk bersama PKR ini pastinya akan membuatkan kemelut ini semakin parah dan kemungkinan besar UMNO akan berpecah secara total tanpa perlu diberikan amaran penggera. Tindakan kebelakang ini akan mengakibatkan akar umbi akan protes gerakan ini di mana di blok pembangkang adanya DAP. Rata – rata maklum bahaww akar umbi UMNO sangat sensitif dengan DAP yang dilihat seakan-akan parti “chauvinist” dan anti kerajaan Melayu Islam.

Begitupun ia akan mengugat jajaran politik Muafakat Nasional yang PAS juga secara terang menolak DAP kerana kerenah DAP yang sangat cerewet apabila melibatkan isu – isu sensitif. Kita dapat lihat walaupun PAS dan DAP tidak sebulu tetapi mereka punyai satu persamaan yakni; mereka akan berpaut kepada pihak yang menjadi kerajaan dan mampu mengekalkan kepentingan “survival” politik mereka.

Walaupun di luar buah Oren itu warna Oren, dalamnya juga warna Oren.

Berbalik kepada warna Oren sudah tentu kita akan teringatkan Parti AMANAH. Parti yang dilihat kedil tetapi mahu menyumbang kepada politik negara. Begitupun Pejuang dan WARISAN yang hanya ada wakil parlimen seramai tidak lebih dari 20 orang dari setiap parti. Tetapi blok ini tidak boleh diperkecilkan kerana adanya dua kuasa pencatur yakni AMANAH dilihat sebagai pro DAP dan Pejuang serta WARISAN dilihat dicatur oleh Tun Mahathir. Ada persoalan timbul adakah kemelut yang berlaku ini bermula dari percaturan Tun Mahathir?

Jika kita masih ingin mencari siapa dalang disebalik kemelut ini berlaku pastinya nasib rakyat dihujung tanduk tidak terbela. Oleh demikian, jalan keluar kepada kemelut politik ini mesti berpaksikan kepada pengecualian dari rebutan takhta kekuasaan. Pihak yang berkecuali pastinya mempunyai pertimbangan yang rasional dan tidak berpihak kepada mana – mana parti atau blok. Kewajaran kepada idea Tun Mahathir untuk menubuhkan “Unity Government” adalah satu jalan tengah yang terbaik, persoalan timbul siapa yang layak mengetuai blok tersebut?

Rentetan dari kemelut ini kita dapat lihat yang cekap bermain politik dan tidak terpalit dengan kontroversi politik ini adalah dari Borneo. Mungkin ada pihak yang yang tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi kita lihat sewaktu kemelut politik pada tahun 2020, baik dari pihak Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan cuba untuk melobi blok ini dalam kebersamaan untuk membentuk kerajaan. Mana tidak jika blok ini tidak penting, Anwar Ibrahim tidak akan terbang ke Kuching untuk berjumpa dengan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk dapatkan sokongan.

GPS yang terdiri daripada parti berdaftar di Sarawak sangat memahami dan pandai membaca situasi politik. Langkah mereka selalu menguntungkan dan menjadi kerana mereka meletakkan aspirasi rakyat dahulu baru kepentingan politik mereka. Bagi mereka dalam meneruskan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat ini wajar dilangsungkan waima siapa pun yang menjadi kerajaan. Sepatutnya tindakan ini wajar dijadikan contoh untuk parti dari semenanjung yang dilihat sangat rakus dan fanatik terhadap sesebuah agenda.

Jika kita ada sebuah blok yang sebijak ini adakah dikalangan mereka tiada calon yang sesuai untuk kita beri ruang mentadbir negara? Adakah GPS yang mewakili Sarawak ini tidak tahu memerintah? Jika ada siapa yang wajar kita angkat? Pada hemat saya, untuk keluar dari kemelut ini kita perlu cari yang berkecuali di dalam konflik politik tetapi rasional dalam membuat keputusan. Malah di dalam kerajaan sedia ada sudah wakil dari GPS yang menjawat jawatan Menteri Kanan. Menteri Kanan ini merujuk hiraki kepentingan politik yang disandang boleh membuat dasar kritikal negara dan “next in line” dalam memerintah negara.

Menteri Kanan sedia ada dari GPS adalah Fadzillah Yusof dari Parlimen Petrajaya. Dilihat bersih dan tidak terlibat di dalam percaturan politik gila. Fadzillah Yusof disegani oleh kawan dan lawan. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang rasional dan tidak terlalu taksub dalam membawa ideologi politik. Kematangan beliau dalam berhujah dan mempunyai fakta sudah mampu membuktikan beliau punyai kredibiliti dan integrity yang baik. Bukan seperti Ahli Parlimen Pasir Salak yang langsung tidak tahu bagaimana ingin menguruskan sidang media sewaktu berlaku kemalangan MRT yang di mana beliau merupakan Pengerusi MRT Corporation waktu itu.

Menurut Perkara 43, Jemaah Menteri (4) apabila Perdana Menteri tidak lagi mempunyai sokongan maka hendaklah meletakkan jawatan melainkan atas permintaan YDPA. Jika di dalam waktu pandemic ini dibubarkan parlimen ia hanya akan meletakkan negara semakin terjejas dan parah terutama disektor kesihatan. Pastinya rakyat takut untuk keluar mengundi dalam keadaan sekarang kes semakin bertambah kepada belasan ribu. Jalan keluar adalah dengan memohon kebijaksanaan YDPA dalam mewujudkan kerajaan perpaduan yang kuasanya dimiliki sama rata dan sama penting.

Kerajaan perpaduan ini bukan satu keraaan untuk penggal baru tetapi untuk menjamin maslahat rakyat terus dijaga dan kerajaan ini bertindak sebagai “caretaker” sehingga habis penggal ini. Untuk mewujudkan suasana harmoni, sistem sedia ada boleh diteruskan dengan jawatan Menteri Kanan ini hendaklah diwakili oleh setiap parti terbesar di dalam negara. Ini akan memberi jaminan pemusatan adalah stabil. Wakil setiap parti ini pasti akan membawa suara akar umbi masing – masing dalam mencari jalan keluar pandemic ini dengan lebih terartur dan diterima oleh semua pihak.

Untuk mencari kedamaian di dalam kemelut sudah pasti emosi perlu diketepikan. Rasional dan tidak terikat dengan mana – mana pihak itu adalah yang terbaik untuk bekerja dan membuktikan kemampuan seseorang. Ini bukan satu tindakan yang popular apabila ia tidak berpaksikan kepada blok besar parti politik yang wujud di dalam Malaysia tetapi pendekatan ini adalah untuk beri ruang kita menangani pandemic ini dengan lebih berkesan tanpa meghiraukan maslahat rakyat.

Justeru itu, mengambil pendekatan popular tatkala ia bukan kemahuan daripada fanatik politik tetapi ia mampu dijadikan jalan tengah untuk meredakan seketika polemik politik yang berlaku. Harus diingatkan apabila ahli politik yang sibuk mencatur kuasa yang akan mendapat kesan paling besar adalah rakyat. Kita sudah lihat kuasa rakyat ini bukan omong kosong dan kuasa rakyat ini adalah “legit” dan mereka yang memilih boneka politik ini duduk dikerusi empuk di Putrajaya.

Apa yang akan berlaku pada PRU 15 itu adalah soalan kedua. Persoalan utama adalah bagaimana kerajaan boleh membantu rakyat yang semakin terkesan dengan pandemic Covid ini. Kerajaan perlu lakukan sesuatu dan rakyat berhak dapat yang terbaik dan bukannya tahi yang bersepah merata – rata.

– Anak Kenyalang

Kredit foto- Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat