Serangan Peluru Berpandu Balistik Ke Arah Rusia, Akan Dianggap Sebagai Serangan Nuklear & Akan Dibalas Dgn Nuklear Juga

- Advertisement -

MOSCOW – Rusia akan menganggap semua peluru berpandu balistik yang dilancarkan di wilayahnya sebagai serangan nuklear yang memerlukan pembalasan nuklear juga, amaran dari pihak tentera dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada hari Jumaat.

Amaran keras dalam akhbar rasmi tentera Krasnaya Zvezda (Bintang Merah) itu ditujukan kepada Amerika Syarikat, yang sedang berusaha untuk mengembangkan senjata bukan nuklear jarak jauhnya.

Artikel yang diterbitkan pada pada bulan Jun mengenai sistem pencegahan nuklear Rusia yang membayangkan penggunaan senjata atom sebagai tindak balas terhadap serangan konvensional yang menyasarkan infrastruktur pemerintah dan ketenteraan yang kritikal di negara ini.

Dalam artikel Krasnaya Zvezda itu, pegawai kanan kepada Jeneral tentera Rusia, Jeneral Andrei Sterlin dan Kolonel Alexander Khryapin, menyatakan bahawa tidak akan ada cara untuk menentukan apakah peluru berpandu balistik yang masuk (ke wilayah Rusia), dilengkapi dengan kepala peledak nuklear atau konvensional, justeru, tentera akan menganggap nya sebagai serangan nuklear.

“Setiap peluru berpandu balistik yang menyerang kami akan dianggap membawa kepala peledak nuklear,” kata artikel itu.

“Maklumat mengenai peluncuran peluru berpandu, secara automatik akan disampaikan kepada kepemimpinan tentera-politik Rusia, yang akan menentukan ruang lingkup tindakan balas oleh pasukan nuklear bergantung pada situasi yang sedang berlaku.”

Perdebatan itu mencerminkan kebimbangan lama Rusia mengenai pembangunan senjata yang dapat memberi Washington kemampuan untuk memusnahkan aset ketenteraan utama dan kemudahan kerajaan Rusia, tanpa menggunakan senjata atom.

Sejajar dengan doktrin ketenteraan Rusia, polisi pencegah nuklear baru menegaskan bahawa negara itu dapat menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas terhadap serangan nuklear atau serangan yang melibatkan senjata konvensional yang “mengancam kewujudan negara.”

Dokumen polisi itu memberikan penerangan terperinci mengenai situasi yang dapat membenarkan penggunaan senjata nuklear, termasuk penggunaan bom atom atau senjata pemusnah besar-besaran lain terhadap Rusia atau sekutunya.

Selain itu, dokumen tersebut menyatakan untuk pertama kalinya Rusia dapat menggunakan senjata nuklearnya jika menerima “maklumat yang dapat dipercayai” tentang peluncuran peluru berpandu balistik yang menyasarkan wilayahnya atau sekutunya dan juga dalam hal “impak musuh terhadap kemudahan kerajaan atau ketenteraan Persekutuan Rusia yang sangat penting, sehingga menyebabkan ketidakmampuan yang boleh menggagalkan tindakan balas pasukan nuklear. ” MILITARY TIMES

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat