Sempena ulang tahun ke-60, Antonio Banderas dijangkiti Covid-19

- Advertisement -

PELAKON Antonio Banderas mendedahkan dia dijangkiti virus Covid-19 pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60, semalam.

Banderas juga terpaksa akur untuk meraikan hari jadinya dalam kuarantin, namun memberitahu kesihatannya baik-baik saja.

“Saya okay saja, cuma sedikit penat berbanding selalu. Saya yakin akan pulih dalam masa terdekat berdasarkan laporan perubatan.

“Saya harap mampu melawan jangkitan yang meninggalkan kesan kepada seluruh warga planet ini. Saya akan ambil kesempatan ini untuk membaca, menulis dan berehat,” katanya di Twitter.

Pelakon kelahiran Madrid, Sepanyol ini juga tidak memaklumkan dia kini berada di mana. Kali terakhir kerjayanya berpangkalan di Surrey, England.

Dia juga memiliki rumah di Sepanyol dan New York, Amerika Syarikat. Filem baharunya berjudul Pain & Glory berjaya memenangi pelbagai pengiktirafan dan ia turut dicalonkan di Academy Awards.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat