Wan Saiful Dakwa Dr Mahathir Tidak Pernah Mahu Anwar Jadi PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu melihat Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai perdana menteri, dedah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful mendedahkan perkara berkenaan dalam satu esei 54 halaman yang diterbitkan oleh Yusof Ishak Institute, Singapura.

Katanya, menerusi berbagai pertemuan dengan kepimpinan BERSATU, Dr Mahathir menyatakan hasratnya yang tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri.

“Dalam pelbagai perbincangan dan mesyuarat tertutup selepas PRU14 yang dihadiri oleh penulis sendiri, Mahathir bersikap tegas dan konsisten bahawa beliau tidak mahu melihat Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri walaupun kenyataan dibuat di hadapan umum.

“Bagi Mahathir, Anwar adalah individu yang tidak akan memperjuangkan orang Melayu atau mempertahankan hak istimewa yang diberikan kepada kaum Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Mahathir juga percaya bahawa rancangan Anwar dapat digagalkan jika tiga parti besar Melayu – BERSATU, UMNO dan PAS – disatukan sehingga kerajaan baru yang dipimpin Melayu dapat dibentuk — menghapuskan DAP yang dikuasai oleh Cina dan PKR yang berbilang kaum dalam Pakatan Harapan,” tulis Wan Saiful.

Wan Saiful juga mendedahkan, ketika mempengerusikan mesyuarat pada Mac atau April 2019, Dr Mahathir telah memutuskan bahawa Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin harus memulakan dialog antara BERSATU, UMNO dan PAS mengenai kemungkinan kerjasama.

Wan Saiful juga mendakwa Mahathir kemudian meminta kongres kebangsaan menunjukkan kemampuannya untuk menyatukan orang Melayu, yang akhirnya menghasilkan Kongres Maruah Melayu yang diadakan pada 6 Oktober 2019.

“Mahathir menyampaikan ucaptama, setelah itu dia berdiri di atas pentas sambil diapit oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, melambangkan pertemuan tiga parti utama Melayu di bawah pimpinannya.

“Bagaimanapun, Anwar tidak diundang hingga saat-saat terakhir, dan tidak hadir,” katanya.

Wan Saiful menyifatkan Kongres Maruah Melayu sebagai “buah pertama” kerjasama rahsia antara BERSATU dengan UMNO dan PAS, dengan peranan aktif dilakukan Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat