310 Premis Peniaga, Pemborong dan Penternak Ayam Diberikan Notis – KPDNHEP

- Advertisement -

Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah membuka lapan kertas siasatan terhadap peniaga ayam yang disyaki melakukan kesalahan menaikkan harga sesuka hati.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, individu disiasat membabitkan empat peruncit di pasar awam di Melaka serta empat pemborong iaitu satu di Melaka dan tiga di Kuala Lumpur.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Beliau berkata, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP melaksanakan pemeriksaan bagi mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan harga serta mengesan sekiranya wujud aktiviti pencatutan.

“Secara keseluruhannya sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 353 premis membabitkan 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 pengeluar dan penternak ayam diperiksa.

“Berdasarkan jumlah pemeriksaan itu, 310 premis diberikan notis mengikut Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat