Manifesto Bodoh Itu Kesilapan Terbesar PH, Kata Rafidah Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan Pakatan Harapan (PH) telah melakukan kesilapan terbesar apabila merangka manifesto yang kandungannya tidak boleh difahami pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Rafidah yang juga ahli PPBM dan penyokong kuat Tun Dr Mahathir berkata, membaca manifesto PH yang didakwa sebagai ‘manifesto bodoh’ itu boleh menyebabkannya ‘tertidur’ kerana isi kandungannya yang sukar dihadam.

“Saya sendiri gelarkan ia sebagai ‘manifesto bodoh’ dan tidak perlu. Sebaliknya, datanglah dengan satu format untuk terus maju ke hadapan.

“Saya beritahu kesilapan terbesar PH adalah adanya manifesto, terlalu banyak, tidak ada sesiapa boleh hadam.

“Kami dahulu tidak pernah ada manifesto besar-besar semasa saya dalam Barisan Nasional. Saya juga salah seorang dalam jawatankuasa, tidak ada gunanya (ia) terlalu terperinci,” katanya, lapor FMT yang memetik kenyataannya dalam siaran langsung di Facebook Ahli Parlimen DAP Segambut, Hannah Yeoh malam tadi.

Mengulas lebih lanjut, Rafidah berkata, seharusnya manifesto yang dirangka itu boleh diubah suai kerana ia bukannya kitab suci seperti Al-Quran atau Bible.

“Ambil contoh dalam isu Covid-19, apa yang berlaku ini adalah di luar kawalan kita. Dalam erti kata lain, rangkakan perkara utama sahaja dan dalam tempoh itu kita perbaiki dan ubah.

“Tetapi anda (PH) lakukannya seperti Quran, kitab Injil, tidak boleh diubah. Jadi ia salah,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri Ketujuh (PM7), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga pernah berkongsi pandangan sama apabila mengingatkan rakyat bahawa manifesto bukannya kitab suci seperti Bible.

“Saya ingatkan manifesto bukan Bible, ia hanyalah panduan. Kadang-kadang kita boleh melakukan sesuatu, kadangkala kita dapati ia tidak boleh dilakukan,” kata Dr Mahathir semasa mengulas isu pelantikan Speaker di awal pentadbiran kerajaan PH, pada Julai 2018.

Sementara itu, memetik laporan yang sama, Rafidah berkata PH seharusnya diberikan mandat memerintah sehingga akhir penggal.

“Saya tidak melihat kenapa anda tidak perlu diberikan peluang, rakyat perlu berikan PH peluang. Saya selalu beritahu rakyat, berikan mereka peluang selama 5 tahun, ia tidak adil,” katanya.

Kerajaan PH tumbang pada akhir Februari selepas Dr Mahathir bertindak meletakkan jawatan Perdana Menteri, disusuli dengan tindakan PPBM keluar PH bersama sekumpulan Ahli Parlimen PKR dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan BN dan PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat